Islamic Widget

Carian

Jumaat, 29 Januari 2010

Qiamullail ~


Qiam-al-lail = Bangun Malam, merujuk kepada ibadah yang dilakukan selepas waktu malam merangkumi ibadah solat sunat, zikir, membaca al-Quran dan sebagainya. Sebagai ummat Islam,ibadah qiamullail merupakan ibadah sunat.. Namun dek kerana tanggapan ummat Islam yang memandang enteng dengan ibadah sunat tersebut,maka ramai diantara kita yang meninggalkannya walaupun didalam keadaan sihat dan berupaya..Mereka mengatakan cukuplah sekadar ibadah wajib,sedangkan yang wajib juga sering ditinggalkan atau dilewat2 kan..
عن عبد الله ابن عباس رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : نعمتان مغبون فيهما كثير من الناس :الصحة والفراغ
~Daripada Abdullah bin Abbas r.a,Rasulullah S.A.W. bersabda : "2 nikmat yang manusia terpedaya dengannya : sihat dan kelapangan" (Riwayat al-Bukhari)
Kesukaran untuk bangun malam juga merupakan penyebab mengapa ramai diantara kita tidak mampu melakukan ibadah tersebut..Hal ini mungkin disebabkan kekotoran pada hati dan kelemahan iman pada diri,dilemahkan lagi dek pujukan dan bisikan syaitan yang mendodoi dan menahan kelopak mata agar tidak terbuka,lalu terus lena diulit mimpi2 indah dalam keselesaan yang menjerat diri..Ada juga yang telahpun terjaga,tetapi turut tunduk dengan pujuk rayu syaitan agar menangguh-nangguhkan amalan,lalu jatuh tersungkur didalam kegelapan malam dibaluti selimut menikmati nikmat tidur yang berlebihan..Tidakkah mereka membayangkan jika mereka itu akan dibaluti dengan selimut putih keesokan harinya,amal apakah yang dapat mereka bawa 'kesana'?
عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من بطأ به عمله لم يسرع به نسبه
~Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W bersabda : "Siapa yang melambat-lambatkan amalannya; keturunannya tidak akan bersegera untuknya." (Riwayat Muslim)
Selain itu ada juga yang beranggapan melakukan ibadah sunat tanpa lahir keikhlasan hati merupakan perbuatan yang sia-sia,maka mereka turut meninggalkannya..Menurut pandangan ana,apakah lahir keikhlasan dihati kita ketika melakukan amalan wajib jika kita tidak dapat ikhlas melakukan ibadah sunat??atau ianya dilakukan kerana terpaksa??Maka teruskanlah beribadah,tanpa rasa ragu-ragu dan perbetulkanlah niat agar berputiknya rasa ikhlas dihati.Mereka membalas,apalah gunanya teruskan beribadah jika hati masih tidak ikhlas dan masih dalam kesukaran..Ingatlah,sesungguhnya Allah lah yang menilai setiap perbuatan dan amalan kita..Walau amalan semata-mata tidak dapat menyelamatkan kita,namun setiap usaha kita akan dinilai,Insyaallah ada yang diterimaNya,berbanding jika tidak melakukannya langsung,maka tidak ada apa yang dapat dinilai darinya.
عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : لن ينجي أحدا منكم عمله. قال رجل : ولا أياك يا رسول الله. قال رسول الله: ولا أياي ألا أن يتغمدني الله منه برحمة ولكن سددوا
~Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W bersabda : "Amalan kamu tidak akan menyelamatkan seorang pun daripada kamu." Seorang lelaki berkata : "Tidak juga engkau,wahai Rasulullah." Baginda bersabda : "Begitu juga aku,melainkan Allah meliputiku dengan rahmat daripada-Nya;akan tetapi lakukanlah dengan betul." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Kepayahan merupakan 1 perkara yang paling kita tidak suka..Berkait dengan ibadah Qiamullail,ramai diantara kita mendapati ianya sukar dilakukan,apabila mereka mengikut program-program pembinaan sahsia,dimana Qiamullail merupakan salah 1 dari aktivitinya. Maka,ibadah yang dilakukan disana tidak dapat diikuti dan diterima bagi mereka yang masih bertatih dengan ibadah tersebut memandangkan imam melakukannya dengan agak 'berat'.Namun harus diingati bahawa tiada paksaan dalam ibadah sunat,lakukanlah sekadar yang termampu walaupun hanya sedikit..dan beristiqamahlah,kerana sesungguhnya Allah amat menyukai amalan yang sedikit tertapi berterusan berbanding amalan yang 'berat' tetapi terhenti-henti.
عن عائشة رضي الله عنها عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: يا ايها الناس عليكم من الأعمال ما تطيقون فأن ألله لا يمل حتى تملوا, وان أحب الأ عمال ألى الله ما دووم عليه وأن قال
~Daripada Aisyah r.ha., Rasulullah S.A.W. bersabda : "Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu.Sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehinggalah kamu jemu.Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit."

"Jika kamu orang yang baik2, bangun dan sujudlah untuk bersyukur. Jika kamu orang yang berdosa, bangun dan bersujudlah untuk bertaubat.Baik atau buruk, kamu harus bangun dan sujud tanda kamu seorang hamba"
~
mesej seorang sahabat-Hamidi.


Disini juga ana ingin berkongsi tips untuk mudah bangun untuk mengerjakan Qiamullail yang ana dapati dari artikel2 dari laman web serta dari sahabat2 ikhwah ana.Antaranya ialah:
  1. Memerhati kesungguhan individu-individu yang bersungguh melakukan ibadah dari kalangan sahabat.Insyaallah,lama kelamaan kita akan terdidik secara tidak langsung untuk mengikut jejak mereka.Selain itu,selidik dan bayangkan kesungguhan individu terdahulu dari kita yang istiqamah dan iltizam dalam melakukan ibadah seperti para sahabat Rasulullah dan alim ulama'.
  2. "Seseorang yang berada dalam keadaan selesa tidak ada yang akan dia peroleh melainkan kerugian."Maka tidurlah dalam keadaan mengereng agar kamu tidak terus lena diulit mimpi indah.Sunnah Rasulullah mengereng sebelah kanan.
  3. Mengambil wudu' seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W agar kita berada dalam keadaan suci..Daripada al-Barra bin Azib"Apabila anda hendak tidur,berwudu'lah seperti untuk menunaikan solat"(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
  4. Tidur awal jika tiada urusan agar tidak merasa letih untuk bangun.
  5. Doa,Membaca surah2 tertentu yang dianjurkan seperti 3 Qul, berzikir atau membaca ma'thurat.
  6. Elakkan makan dan minum berlebihan kerana ia membuatkan badan menjadi lemah dan malas.
  7. Berniat dan bertekad untuk bangun malam..Insyaallah dengan niat yang baik maka Allah akan 'kejutkan' kita.
  8. Sering memuhasabah diri agar tahap keimanan tinggi dan keikhlasan akan lahir..Semangat untuk beribadah memudahkan lagi kita bangun.
  9. Menjauhi dosa dan maksiat kerana apabila hati menjadi kotor maka amat sukar untuk beribadah..
  10. Meminta pertolongan kawan2 atau ahli keluarga untuk menggerakkan kita jika mereka terbangun.(alang2 ajak mereka sekali)
  11. Set alarm setiap 15 minit atau setengah jam...lebih kerap lebih baik..bermula dari 3.30am atau 4am agar tidur kita terganggu..
  12. Kadang2 ada diantara kita nie 'semangat'nya dari luar..Maka carilah 'semangat' yang baik2 dan yang turut mencari keredhaanNya..supaya kita rasa malu jika kita xbuat sedangkan 'semangat' kita sering beristiqomah dalam ibadah..dan ketika melakukan ibadah,perbetulkan semula niat..
Insyaallah,Allah akan membantu hamba-hambaNya yang ingin berubah kepada kebaikan..Walaupun kita merasakan semakin kita ingin dekat kepadaNya,semakin jauh dan sukar rasanya,namun hakikatnya Dia sudah hampir dengan kita..
"Apakah mereka mengaku mereka beriman sedangkan mereka tidak diuji??"


Antara fadhilat dan kelebihan Qiamullail,dapat menyihatkan badan:pergerakan-pergerakan yang acapkali ibarat melakukan senaman,peredaran darah yang lancar dan mencergaskan minda.. Selain itu,Qiamullail dapat menguatkan jasmani dan rohani..Mengimbau kembali kisah2 para pejuang Islam,antaranya seperti kisah Salahuddin Al-Ayoubi dan bala tenteranya yang menawan masjid Al-Aqsa dan baitulmaqdis,kejayaan yang dikecapi setelah beberapa kali kecundang adalah kerana pemilihan bala tenteranya yang terdiri dari mereka yang kuat bangun malam dan beribadah serta menjaga setiap amalan yang dituntut..Maka kejayaan dikurniakan oleh Allah sebagai ganjaran kepada mereka yang dekat denganNya.. Qiamullail dapat mengeratkan 'habluminallah wa habluminannas'.Mereka yang menambahkan amal ibadah mereka di waktu malam (qiamullail),selain dari dekat dengan Allah,manusia sekeliling mereka juga akan merasa selamat,senang dan hormat dengan mereka..wajah mereka akan berseri2 dan bercahaya bisa meruntunkan dan meredakan jiwa2 yang panas menggelegak. Terdapat juga banyak hadith yang menyatakan antara golongan yang masuk ke syurga adalah mereka yang menjaga amalan diwaktu malam(qiamullail).
Sekian sahaja yang dapat ana kongsikan..Agar kita sama2 mengambil iktibar dan memanfaatkannya..Insyaallah..Wallahualam..
عن ابن عباس رصي الله انهما عن النبي صلي الله عليه وسلم قال: عينان لاتمسهما النار عين بكت من خشية الله وعين باتت تحرس في سبيل الله
~Daripada Ibn Abbas r.a., Rasulullah S.A.W bersabda : "2 mata yang tidak disentuh oleh api neraka : mata yang menangis kerana takutkan Allah, dan mata yang berjaga malam mengawal 'jalan Allah'." (Riwayat al-Tarmizi)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan