Islamic Widget

Carian

Ahad, 24 Januari 2010

Courage The Cowardly Me

23 Jan 2010,

Hatiku berdebar-debar memikirkan keputusan yang bakal aku lakukan..
Ketakutan,kerisauan,ketidakyakinan dan kebimbangan menyelubungi diri..
Sememangnya aku tidak bisa pergi sendirian ke tempat yang belum menjadi asam garam ku..
Namun kerana tekad hati untuk mencabar diri sendiri menempuh cabaran,kubuang segala kegelisahan,ketakutan,dan pemikiran yang melemahkan,maka ku teruskan jua niat untuk ke rumah saudara ku di Puchong..
Memang kebanyakan orang merasakan perkara ini lawak semata2,bahkan tidak hairan ade yang ketawa dan memandang rendah kepada ku.."Gombak-Puchong??apelah sangat!!xkan itu pon xboleh??"
Tetapi bagiku,inilah saat yang bermakna bagi diriku kerana berjaya mencabar diri dan sedikit sebanyak dapat meningkatkan keyakinan diri..

Namun,aku mungkin tidak berjaya jika aku tidak yakin dengan pertolongan Allah..
Setelah berdoa kepadaNya,ak bertolak dari UIA pada jam 3 pm..Hatiku tenang ketika dalam perjalanan dan mengikut sahaja gerak hati..Alhamdulillah perjalanan ku lancar dan sebaik tiba di rumah saudaraku,hujan lebat pun turun..

Hari ini,24 Jan 2010,aku pulang ke UIA semula mengikut jalan firasat hati.Sekali lagi dengan pertolonganNya,ak menemui jalan pulang setelah sesat "meronda2" sekitar Shah Alam-Petaling Jaya.Jika bukan dengan pertolonganNya,sudah tentu aku patah semangat dan patah balik ke rumah saudaraku.Disini,aku mendapat iktibar bahwa Allah pasti akan membantu menunjukkan kita jalan keluar dari sesuatu yang merungsingkan,jalan keluar dari setiap masalah,dan jalan keluar dari kegelapan,JIKA kita YAKIN dan MEMOHON pertolongan dariNya..Insyaallah..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan