Islamic Widget

Carian

Jumaat, 23 April 2010

Trip to Malacca

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh..Salam Sejahtera dan salam bahagia..
Maaf atas kelewatan ana menokok tambah bahan2 di dalam ruangan ini..
Seperti sem lepas,setelah tamat exam,ana dan sahabat2 akan mengaturkan aktiviti bagi merapatkan ukhwah antara kami.Jika trip sem lepas ke Genting Highland disertai oleh kira2 20 orang sahabat ana,tetapi kali ini hanya 6 orang sahaja yang dapat berkumpul bersama dek kerana ada masalah masing2 yang membatas diri mereka untuk turut serta,namun rasa keseronokannya lebih lagi kerana pelbagai aktiviti yang kami lakukan,bukan sahaja mengeratkan hubungan antara kami,tetapi ana mendapat pelbagai pengalaman dan pengetahuan.Nak tahu kemana trip dan apa aktiviti yang kami lakukan??ahaa,pada sem ini,kami ke rumah salah seorang sahabat bernama Hanis di Simpang Ampat,Melaka (sempadan Tampin Melaka-N9)..


Mengikut perancangan awalnya,trip ini sepatutnya pada 4 April 2010,namun disebabkan ada sahabat yang belum tamat final exam,maka trip terpaksa ditangguhkan ke 12 April 2010.Ana bertolak dari Slim River menuju ke UIAM pada jam 08.00 a.m. dengan menunggang AnGaU 6337 tersayang mengambil masa selama 2 jam untuk sampai ke destinasi.Dari UIAM,ana dijemput oleh sahabat,Suffian a.k.a ‘pian’,dengan menaiki PERSONA menuju ke Stesen Putra untuk menjemput seorang lagi sahabat,Ahmad.Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Melaka mengikut lebuhraya.Setibanya di tol Simpang Ampat,kami dijemput oleh Hanis untuk menunjukkan jalan kerumahnya.
Kehadiran kami disambut dengan baik.kebetulan ketika itu ada seorang sahabat,firdaus a.k.a ‘abe’, yang lebih awal tiba sedang menolong Ibu Hanis memotong ayam yang telah siap disembelih,manakala ahli keluarga Hanis yang lain tiada dirumah kerana menguruskan hal masing2.Seorang lagi sahabat,Hanif a.k.a ‘abang long’,tiba lewat kerana beliau terpaksa menaiki bas dari Johor.

Setelah makan tengah hari dan berehat,kira2 jam 03.00 p.m. kami bertolak ke Zoo Melaka menaiki 2 buah kereta.Pelbagai jenis haiwan yang dapat dilihat samada haiwan yang biasa dilihat mahupun haiwan2 yang tidak pernah diketahui dan dilihat didepan mata.Hampir 2 jam kami meluangkan masa bermesra dengan haiwan2 jinak dan liar,kami bergegas pula menuju ke kota A Famosa.Hampir sejam kami berada disana untuk melihat pemandangan dan bergambar sebagai kenangan sebelum pulang ke rumah Hanis.Dalam perancangan,dalam jam 1-2 pagi kami ingin ke kolam air panas,akan tetapi,semuanya terlena hingga keesokan paginya akibat keletihan.

Setelah solat subuh,kami ‘bersantai’ seketika sebelum sarapan pagi. Kemudian kami melepaskan gian memancing dikolam yang terdapat dibelakang rumah. Malangnya,ana dan hanif yang menggunakan joran tidak dapat seekor pun ikan,sementara abe dan amat tidak putus2 menaikkan ikan keli dan talapia.agi tidak menghampakan hanif yang juga merangkap abang long,maka pancing batang kayu yang banyak ‘berjasa’ mendapatkan ikan diberikan kepada beliau.Alhamdulillah,tidak kempunan beliau walaupun hanya seekor berjaya ditawan.Kami turut bergembira apabila melihat beliau menjerit girang.Kemudian kira2 jam 10.00 a.m.,dek kerana tidak mahu menghampakan abang long yg beria2 untuk ke kolam air panas,destinasi seterusnya ke kolam air panas.Walaupun Wetland tutup pada hari selasa,namun kami tetap dapat mandi di salah 1 kolam air panas dalam keadaan santai dan ‘private’ kerana hanya kami sahaja yang berada ditempat tersebut.
Penat bermandi manda di kolam air panas,kami pulang ke rumah Hanis dalam keadaan letih dan lesu.Sempat pemandu2 dan penumpang2nya berehat dan melelapkan mata,sebelum bertolak pula ke P.D. pada jam 04.00 p.m.

Setibanya di P.D.,kami memilih Batu 4 sebagai tempat untuk ‘bercamping’.Sebaik sahaja kereta di park,hanif,pian dan amat menyertai beberapa orang muda bermain bola tampar pantai.Setelah puas bermain,barulah kami menegakkan khemah masing2 dan berjalan2 di tepi pantai menunggu masuknya waktu Maghrib.Setelah menunaikan solat (jama’ & Qasar),kami mula membakar arang untuk membuat BBQ.Malam itu kami habiskan masa dengan bersantai di tepi pantai dikala air laut mulai surut.Sungguh indah suasana ketika itu..Terdetik didalam hati,alangkah romantiknya jika bersama zaujah..Keesokan paginya,sebaik sahaja semua barang dikemas dan disimpan didalam kereta,kami menuju ke Biru Laut untuk bermandi manda.Kebetulan,sekumpulan ikhwah UIA turut bersama kami tanpa disedari sejak ‘bercamping’ di Batu 4 lagi..
Kami bersarapan di Teluk Kemang sebelum pulang ke kampung halaman dan rumah masing2.Ana pulang agak lewat sedikit kerana mengikut Hanis menghantar barang2 ke rumahnya dahulu sebelum menemannya ke Gombak,seterusnya pulang ke rumah ana dalam keadaan tergesa2 kerana hari kian gelap.

Akhir kalam,jutaan terima kasih kepada ahli keluarga Hanis yang menyambut kami dengan baik sekali,dan terima kasih juga kepada semua sahabat2 yang turut serta dalam trip kali ini..Bagi yang tidak berkesempatan,insyaallah lain kali kita akan rancang pula aktiviti lain..Semoga ukhwah yang terjalin kian kukuh dan utuh..aamin..
Sekianlah sahaja pengalaman yang dapat dikongsi bersama pada kali ini..Terima kasih bagi yang sudi membaca,dan maaf bagi yang tidak berpuas hati atas kekurangan isi..Semoga ketemu di waktu lain..
Assalamualaikum..

Khamis, 8 April 2010

Penangguhan

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh..
ana memohon maaf kepada semua yang sentiasa menjenguk blog ana yg serba kekurangan ini kerana sudah lama tidak update..
sememangnya masa tidak mengizinkan..
dan ana sebagai seorang hamba Allah yang lemah dan selalu melakukan dosa,tidak pandai menguruskan masa sebaiknya hinggakan masa yang lapang terbiar begitu sahaja..
maka 'takde mase' menjadi satu alasan untuk menangguh2kan amalan dan perkara yang lebih penting..
kepada diriku sendiri..bilakah agaknya dikau mahu berubah??jika tidak boleh mengikut dan mencontohi Rasulullah,contohi lah sahabat2 yang mencontohi baginda..
hati kecilku berbisik,memang benar kata2 ku itu..tatkala bersama sahabat2 yang sentiasa mengajak aku kepada kebaikan,aku merasa tenang walaupun hatiku memberontak..tatkala bersama mereka,aku tenang dan bahagia walaupun mereka membincangkan perkara yang tidak aku fahami..suatu perasaan yang lain tatkala bersama mereka berbanding bila bersama sahabat2 'huhahuha' ku...apa2 pon kedua2nya amat penting bagiku..
memang benar,jika suatu hubungan persahabatan itu lahirnya kerana Allah dan untuk Allah,maka kita memang cepat merindui kehadiran beliau disisi..jika hubungan persahabatan itu terjalin kerana Allah tetapi untuk kehidupan,maka kita juga turut merinduinya,tetapi bila lama tidak ketemu..