Islamic Widget

Carian

Jumaat, 20 Ogos 2010

Ramadhan~rantauan berbuka

Assalamualaikum..
Salam Ramadhan..hari ni da 10 Ramadhan..
sedar xsedar kita da masuk fasa yang ke-2..
Fasa pertama, rahmat, sudah ditinggalkan..
menempuh pula fasa kedua, keampunan..
dan ianya juga akan berlalu pergi..
kemudian masuklah fasa ketiga, dibebaskan dari api neraka..
Subhanallah..
begitu besarnya manfaat di bulan Ramadhan yang mulia ini..
Mari kita muhasabah balik..
Apakah kita sudah mengejar rahmat yang Allah berikan??
Bagaimanakah amalan-amalan kita??
Adakah ianya lebih baik daripada Ramadhan yang lepas??
Berapakah pula amalan kita yang diterima dan ditolak??

Bagi ana, Ramadhan adalah bulan yang paling best kerana...:
1. Dapat menambahkan amalan dan membiasakannya dalam tempoh sebulan..
2. Dapat bangun sepertiga malam untuk sahur dan mengadap Allah..
3. Dapat mengawal nafsu serta menjaga tingkah laku..
4. Dapat berbuka ramai2 secara tak langsung merapatkan ukhwah..
5. Dapat jimat dari segi perbelanjaan makanan..
6. Dapat participate dalam program2 seperti iftar dan sebagainya..
7. Makanan pon sedap2..hahahaa...

ana lampirkan skli antara gambar2 suasana berbuka puasa di tempat dan majlis berbeza..

Majlis berbuka puasa Ihya' Iftar for KENMS students, CAC BQ Hall.


Majlis Iftar PSSCMIIUM, Cafe KENMS..




Charity Iftar, CAC Foyer





Iftar Jamae, VIM..

Moreh, Ali Musolla

Gath Direct Intake IIUM

Sekali lagi jejaka-jejaka direct intake menjalankan aktiviti..
1st time dijalankan di awal sem bersama2 semua pelajar direct intake yang mahu menyertai..
Sebelum ini hanya sahabat2 yg rapat sahaja, tetapi gath kali ini agak istimewa sebab ianya terbuka kepada semua pelajar direct intake yang dikenali mahu pun tidak..
Lokasi : Taman Negeri Selangor, Ulu Yam..
Tarikh : 07 Ogos 2010
Tujuan/ Objektif : Merapatkan ukhwah, mengeratkan silaturrahim dan sempena menyambut Bulan Ramadhan..


Semoga bertemu kembali..Di aktiviti yang lain..
Sekian..

Rabu, 18 Ogos 2010

Padamnya api pelita

Innalillahi wa inna ilaihi roji'un.
Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali..
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarokatuh..
Disaat ketika ummat Islam bangun bersahur dan mengabdikan diri kepada Allah,
terdapat saudara kita yang lain berduka dan sedih ditimpa musibah..

Usai bersahur, seperti biasa untuk menunggu waktu subuh, selesai menutup ibadah dengan solat witir, ana membuka lappy yang tak pernah lekang setiap hari..
on9 menggerakkan sahabat2 yang masih diawangan menggunakan FB dan YM serta menjadi 'alarm' azan subuh kepada seorang sahabat melalui YM..
Namun pada hari itu (18/8/2010), terkejut pabila membaca posting seorang junior sekolah menengah di wall home FB,

"Diharap sume kwn2 tbah kn hati,ckgu halim dh muninggal k0p 4.30 pagi td.,die dh pegi tinggal en kite.....This emoticon has been enhanced by Facicons"

Seorang guru yang merupakan warden (penjaga) ana dan sahabat2 ketika tinggal di asrama SMKS telah pun meninggal dunia.Seorang guru,sahabat dan ayah yang baik hati, ceria dan lawak bagi kami sebagai bekas anak muridnya.
Selang beberapa minit selepas itu, 1 mesej diterima dari seorang sahabat karib yang turut menyatakan mesej yg sama. Hati terus menjadi gundah, lalu ana pon ingin memastikan kesahihan berita tersebut, tanpa berfikir panjang ana pun mesej anak arwah yang juga merupakan sahabat ana. Mesej yang menggunakan bahasa bertapis dijawab ringkas oleh anaknya. "Ye"..

Selepas mengucapkan takziah dan kata-kata perangsang, tanpa berlengah ana pon memaklumkan kepada sahabat-sahabat yang lain.


Didalam hati, teringin sekali untuk terus berkemas pulang ke Slim River, namun hasrat tersebut terpaksa dibatalkan atas sebab peranan sebagai pelajar sentiasa mengikat dan membataskan perkara tertentu pada waktu tertentu..


Perginya sudah ditakdirkan,
Sakitnya menjadi alasan,
alasan penyebab kematian,
Perginya menimbulkan kesedihan,
dikalangan anak murid,keluarga dan taulan,
kerana terlalu banyak kenangan,
mengajar, mendidik dan mencipta pengalaman,
dirinya sentiasa dalam ingatan.
Namun perginya ada kelebihan,
Ditinggalkannya dunia di bulan Ramadhan,
Diwaktu Allah mencurahkan Kerahmatan,
ditambah bonus atas kesakitan,
perginya mengurangkan keperitan,
agar tak menanggung lebih ketersiksaan..

"Ya Allah Ya Tuhan ku, daku memanjatkan doa kepada Mu di bulan yang mulia ini, Kau ampunilah segala dosa guru ku, cucurilah rahmat keatas rohnya, lapangkanlah kuburnya diterangi nur cahayamu, dan tempatkanlah dia dalam golongan para solihin dan pejuang syuhada' yang dijanjikan syurga keatas mereka.."
ameen..

Al Fatihah..

Dalam kenangan..En.Abdul Halim bin Idris (X-Warden/teacher SMKS)

Sabtu, 14 Ogos 2010

Bonus Ramadhan 1431H




Assalamualaikum.
Salam Ramadhan yang ke-5..
Sepanjang 5 hari kita berpuasa, marilah kita bermuhasabah kembali apa yang kita telah lakukan selama 5 hari ini..
Adakah memadai dengan hanya menahan lapar dan minum dari subuh hingga maghrib sahaja??
Adakah amalan yang dilakukan khusyuk dan ikhlas??
Adakah bertambah amal kebajikan kita??ibadah kita??iman kita??
Adakah kita menjadi lebih baik dari sebelum ini??
atau kita masih merasakan bulan yang mulia ini merupakan 1 paksaan ibadah yang membebankan??nauzubillah..
Marilah kita renungkan kembali dimana letaknya kita disisi Allah Azzawajalla dengan pahala2 yang telah kita kumpul...Ramadhan kali ini bagi ana ada sedikit kelainan berbanding Ramadhan yang telah berlalu..
Sebabnya??
Ramadhan kali ini merupakan bonus bagi sebahagian dari kita yang terpilih..
Ramai.....
Apa Bonusnya??
Ana dapati Ramadhan kali ini pada permulaannya sahaja sudah ramai yang diberikan Allah dengan nikmat ujian kesihatan..
Ramai antara sahabat2 ana termasuk diri ana sendiri tidak sihat pada hari pertama Ramadhan..
ada yang demam, batuk, selesema, sakit tekak, sakit dada dan sebagainya..
itulah dia kuasa Allah, sesungguhnya Dialah yang Maha Menyembuhkan sesuatu penyakit. Meski kita ikhtiar guna ubat sekuat mana pun, tanpa izinnya, maka sakit itu akan terus berlarutan.
Inilah menunjukkan Allah syg kepada hambaNya dengan memberi extra pahala bagi mereka yg redha menerima dan terus bersabar..
Alhamdulillah, ana juga antara yang turut diuji..

Sepanjang Ramadhan ini juga, guru ana yang merupakan warden (ayah) ana ketika di asrama SMKS dimasukkan ke Hospital Teluk Intan selepas keadaannya semakin kritikal.. Mengikut sumber berita yang diperoleh, beliau koma beberapa hari kerna penyakit kanser hatinya bertambah serius.. Kami tidak putus2 mendoakan kesihatan beliau agar kembali ceria seperti dahulu.. Alhamdulillah berkat doa di bulan Ramadhan yg diberkati ini, diterima olehNya..
Berita terbaru, keadaannya semakin stabil..Alhamdulillah.. Mohom terus mendoakan kesihatan beliau..
Meski baru 5 hari berlalu di bulan Ramadhan, kita turut digemparkan dengan beberapa insiden yang menyayat hati..Itu semua sudah ditentukan Illahi..Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui sesuatu perkara yang terbaik bagi hamba2Nya..Baru2 ini kita dikejutkan dengan berita ribut 3 minit yang menghentam bazaar Ramadhan di Jasin yang mengorbankan 3 saudara Islam kita manakala 18 lagi cedera..
Hari ini pula, seorang ibu dibunuh kejam oleh suaminya yang dipercayai sakit mental dengan menetak mangsa bertubi2 hingga menemukan ajal..Tidak cukup dengan itu, si bapa bertindak mencederakan pula anak perempuannya sehinggakan putus beberapa jari..Akhirnya si bapa terpaksa ditembak mati oleh pihak polis supaya tidak bertindak ganas..
Semoga roh mereka ditempatkan bersama2 golongan soleh dan solehin..ameen..

Sekian sahaja post untuk kali ini..
Salam Ramadhan buat semua..
Bersabarlah menempuh dugaan dariNya kerna Dia sedang memberi kita bonus..
Terimalah dengan sebaiknya..
Teruskan beramal dan meningkatkan ibadah..
Ilalliqa'..

Selasa, 3 Ogos 2010

Salam Ramadhan~BioQuest

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh.. Diharap para pembaca sentiasa sihat hendaknya.. Jika xsihat??xmengapa kerna itu juga merupakan 1 nikmat dan ujian.. Dikesempatan ini ana ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarrak yang penuh dengan rahmat dan syafaat.. Marilah sama-sama mempertingkatkan amalan dan menjadi lebih baik dari sebelum ini.. Janganlah menjadi hamba Ramadhan yakni beramal soleh sebanyak2nya dibulan Ramadhan namun selepas Ramadhan kita kembali seperti sediakala.. Tetapi jadikanlah Ramadhan ini sebagai satu titik tolak atau pemangkin untuk kita sama-sama berlatih memperbaiki diri.. Kerna itulah Ramadhan ini juga disebut sebagai bulan latihan.. Ana tidak bercadang untuk menaip panjang bagi post kali ini kerana kesuntukan masa.. Harap maaf kepada pembaca setia (jika ada) kerna sudah lama ana tidak update blog ini.. Sebenarnya ana sedang menyiapkan 1 lagi blog, yakni blog perkongsian bersama sahabat2 ana untuk berkongsi kepada pembaca semua mengenai sebuah syarikat yang ana dan sahabat2 join (dengan xmalunya mengaku syarikat sendiri) dan ingin berkongsi akan kelebihan dan kehebatan produk2 yang dikeluarkan oleh syarikat Questnet. Kepada mereka yang berminat untuk mengetahuinya,silalah layari blog tersebut.. Namun maaf dipinta dahulu kerna blog tersebut masih dalam pembikinan dan hanya Kata Aluan sahaja yang sempat dipostkan buat masa ini.. Bagi mereka yang tak sabar nak tahu mengenainya, pm sahaja ana melalui YM (azim_3110@yahoo.com). Sekian sahaja buat masa ini.. Insyaallah jika ada kesempatan ana akan update blog ini juga..

Selasa, 20 Julai 2010

Menghargai dan Mensyukuri

“Apa yang berada didepan mata kita dan apa yang berada digenggaman kita sering dihiraukan sehinggalah ianya hilang,tatkala itu barulah kita terkilan dan sangat2 menghargainya ..”

Keinginan..
Takkan puas selagi tidak memilikinya,
Takkan cukup selagi tidak menguasainya..
Segalanya kita lakukan dengan usaha,
Bertungkus lumus untuk mendapatkannya,
samada menempuh arus yg tenang atau lautan gelora,
sanggup bertahan selagi terdaya,
asalkan apa yg diinginkan tercapai akhirnya..
Keinginan..
Setelah memilikinya,
kita tinggalkannya,
Biarkan ia begitu sahaja,
tak dihirau mahupun menghargainya.
Jangan ditanya kenapa,
Sifat manusia yg tamak haloba,
sentiasa mahukan yg lebih baik berbanding apa yg ada,
tidak bersyukur dengan NikmatNya,
tewas dengan jerat dunia,
yakni harta, ‘pangkat’ dan ‘rupa’..
Sering mengejar apa yang berada di depan mata,
meninggalkan apa yg kita punya..
Keinginan..
yang dikejar tak dapat,yg dikendong berciciran,
itu antara perumpamaan..
Tatkala yg dikejar masih tak terdapatkan,
yang dimiliki kehilangan.
Ketika itu baru kita sedar akan kepentingan,
kehilangannya menjadi ingatan,
hadirnya dulu menjadi kenangan,
menanti-nanti akan kepulangan,
namun harapan hanyalah harapan,
yang pergi takkan kelihatan,
Untuk kita kenal erti kesyukuran.

Assalamualaikum Warahmatullah..
Selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada para pembaca semua..
Kata madah diatas ana petik dari sumber fikiran yg Allah berikan untuk ana berfikir..
ianya berkaitan diri ana sendiri..
ada yg menganggap ianya berkaitan ‘kekasih’..
ada juga yg menganggap ianya berkaitan keluarga..
Ana terima semuanya,kerna kata2 ini merangkumi semua aspek yg ana alami samada dari segi hubungan kekeluargaan,persahabatan,iman,harta,nikmat dan ‘kekasih’ yg tak kunjung tiba.. :p
Apa yang ana cuba sampaikan ialah, segala peluang/nikmat yg ada didepan mata kita sering kali kita tak bersyukur dan melepaskannya..Kita sering mengejar sesuatu yg lain yg kita rasa lebih baik untuk kita dan membelakangi apa yg kita ada..Walhal belum tentu apa yg kita kejar itu baik untuk kita..

Sebagai contoh, kita diberi nikmat Islam dan iman..tetapi kita sibuk mengejar dunia dan keseronokan sehingga terhakis keimanan dan rosak keagamaan..Lama kelamaan, keimanan menjadi tipis dan hati menjadi gelap.. dan jika masih diberi peluang oleh Allah, kita sedar lambat laun, tetapi utk berubah terlalu sukar rasanya kerna hati kita telah rosak.

Contoh kedua, kita telah dikurniakan keluarga ,spesifik-ibu bapa. Namun kita sering derhaka kepada kedua ibu bapa kita..kita lebih menurut kata2 kawan berbanding ibu bapa..kita tidak ambil peduli kepada mereka yang telah menjaga dan mendidik kita sejak lahir..yang telah banyak berkorban dari segi tenaga,harta dan kasih syg yg tidak berbelah bagi..Namun apa yg kita balas adalah linangan air mata kecewa dan sedih mereka..kita malu bila kita dimanjakan oleh mereka didepan kawan2..Tetapi bila Allah tarik balik nikmat yg diberikan, ketika itu barulah kita merasakan dunia ini gelap gulita..barulah kita menghargai dan menyesali perbuatan kita meski telah terlambat..

Sahabat merupakan orang yg paling mempengaruhi kita. Kita diberi peluang untuk memilih siapa sahabat kita. Rasulullah bersabda bahawa “seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat.”(Riwayat al-tirmizi dan al-Hakim. Namun dek kerna jiwa remaja yg suka berseronok, kita lebih memilih sahabat2 yg hanya mengajak kepada keseronokan berbanding sahabat yg membawa kebahagiaan yakni menuju jalan Allah..Apabila seorang sahabat mengajak kepada kebaikan atau menegur kesilapan,kita rasa rimas dan marah atau mempermainkannya, tetapi apabila sahabat mengajak kita ‘enjoy’ tanpa berfikir panjang kita terus mengikutnya..Sehinggalah kita mendapat musibah dariNya..Tatkala itu sahabat2 kaki ‘enjoy’ hilang entah kemana dan yg sentiasa bersama adalah sahabat2 yg baik. Sabda Rasulullah: “Sahabat yang terbaik disisi Allah adalah sahabat yang paling banyak berbuat baik kepada sahabatnya.”(Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi)

Dalam hal kekasih pula,walaupun ana tak pernah menempuhnya,tp dari pengalaman sahabat2 ana, ana lihat kita dok mengejar pasangan yg kita rasa perfect utk kita..namun ianya lebih kepada rupa paras..dan kita takkan rasa puas apabila telah mendapatkannya, akan ada sahaja keinginan untuk memiliki pasangan yg lebih baik dan meninggalkan yg telah kita dapat sebelumnya. Ada juga yg dok mengejar dan melihat seseorang yg ‘jauh’ walhal ‘berhampiran’ kita terdapat seseorang yg sangat mengambil berat dan menyayangi kita sepenuh hati..Namun kita ‘buta’ untuk melihatnya..Apa2 pun berkaitan hal ini, jodoh pertemuan ditangan Allah..

Akhir kalam, marilah kita bersama menghargai apa yg kita ada dan bersyukurlah..Orang yg bersyukur akan sentiasa menjaga sebaik2nya apa yg dimiliki hanya kerna Allah S.W.T..
Wallahulam..sekian..
Assalam warahmatullahiwabarokatuhu wamaghfirotuhu waridhwan ilaikum..