Islamic Widget

Carian

Rabu, 18 Ogos 2010

Padamnya api pelita

Innalillahi wa inna ilaihi roji'un.
Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali..
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarokatuh..
Disaat ketika ummat Islam bangun bersahur dan mengabdikan diri kepada Allah,
terdapat saudara kita yang lain berduka dan sedih ditimpa musibah..

Usai bersahur, seperti biasa untuk menunggu waktu subuh, selesai menutup ibadah dengan solat witir, ana membuka lappy yang tak pernah lekang setiap hari..
on9 menggerakkan sahabat2 yang masih diawangan menggunakan FB dan YM serta menjadi 'alarm' azan subuh kepada seorang sahabat melalui YM..
Namun pada hari itu (18/8/2010), terkejut pabila membaca posting seorang junior sekolah menengah di wall home FB,

"Diharap sume kwn2 tbah kn hati,ckgu halim dh muninggal k0p 4.30 pagi td.,die dh pegi tinggal en kite.....This emoticon has been enhanced by Facicons"

Seorang guru yang merupakan warden (penjaga) ana dan sahabat2 ketika tinggal di asrama SMKS telah pun meninggal dunia.Seorang guru,sahabat dan ayah yang baik hati, ceria dan lawak bagi kami sebagai bekas anak muridnya.
Selang beberapa minit selepas itu, 1 mesej diterima dari seorang sahabat karib yang turut menyatakan mesej yg sama. Hati terus menjadi gundah, lalu ana pon ingin memastikan kesahihan berita tersebut, tanpa berfikir panjang ana pun mesej anak arwah yang juga merupakan sahabat ana. Mesej yang menggunakan bahasa bertapis dijawab ringkas oleh anaknya. "Ye"..

Selepas mengucapkan takziah dan kata-kata perangsang, tanpa berlengah ana pon memaklumkan kepada sahabat-sahabat yang lain.


Didalam hati, teringin sekali untuk terus berkemas pulang ke Slim River, namun hasrat tersebut terpaksa dibatalkan atas sebab peranan sebagai pelajar sentiasa mengikat dan membataskan perkara tertentu pada waktu tertentu..


Perginya sudah ditakdirkan,
Sakitnya menjadi alasan,
alasan penyebab kematian,
Perginya menimbulkan kesedihan,
dikalangan anak murid,keluarga dan taulan,
kerana terlalu banyak kenangan,
mengajar, mendidik dan mencipta pengalaman,
dirinya sentiasa dalam ingatan.
Namun perginya ada kelebihan,
Ditinggalkannya dunia di bulan Ramadhan,
Diwaktu Allah mencurahkan Kerahmatan,
ditambah bonus atas kesakitan,
perginya mengurangkan keperitan,
agar tak menanggung lebih ketersiksaan..

"Ya Allah Ya Tuhan ku, daku memanjatkan doa kepada Mu di bulan yang mulia ini, Kau ampunilah segala dosa guru ku, cucurilah rahmat keatas rohnya, lapangkanlah kuburnya diterangi nur cahayamu, dan tempatkanlah dia dalam golongan para solihin dan pejuang syuhada' yang dijanjikan syurga keatas mereka.."
ameen..

Al Fatihah..

Dalam kenangan..En.Abdul Halim bin Idris (X-Warden/teacher SMKS)

1 ulasan:

  1. Inna lillahi wa inna ilaihi raajiuun...

    Allah tahu yang terbaik...
    insyaAllah...
    kita serahkan pada Yang Maha Mengetahui...

    BalasPadam