Islamic Widget

Carian

Isnin, 15 Februari 2010

Valentine's Day


Valentine's Day disambut setiap 14 Februari bagi memperingati kisah percintaan valentine dan kekasihnya..Penyambutnya tergolong dari mereka yang beragama Kristian jika xsilap..Tapi pada hari ni,velentine's day atau dikenali juga sebagai hari kekasih disambut oleh semua masyarakat tanpa mengira agama,kaum dan darjat..Zaman moden ini,hari kekasih tersebut disambut dengan kemaksiatan yang bermaharajalela,terutama yang beragama Islam..Tidakkah mereka malu, hari perayaan agama lain,mereka pulak yang lebih-lebih..?Pada hari inilah maksiat berlaku dimana-mana;hotel murah,taman,rumah sewa dan sebagainya..Dan apabila setiap kali pihak JAI melakukan operasi,sungguh memalukan apabila ramai pasangan yang melakukan maksiat merupakan orang kita,Melayu,Islam...Lebih memalukan apabila mereka yang sepatutnya berjuang menegakkan agama Allah,terlibat sama;orang-orang besar dan penting,golongan profesional,pelajar-pelajar IPT dan sekolah,bahkan pelajar-pelajar agama dan tahfiz juga tidak terkecuali..Disaat ini,pasangan-pasangan co-up-le berjumpa,berduaan,melepaskan rindu masing2,berkasih sayang,berpeluk cium,beringan-ringan dan seterusnya melarat kepada zina..Kerana itu istilah yang boleh ana pikirkan untuk mereka,bay-lent-tino (bay=teluk, lent=dipinjamkan, tino=betina/female/pempuan)..Penjelasan,'Teluk' yang dipinjamkan oleh btina kepada jantan bagi memuaskan nafsu keduanya..paham-paham sudah la epp??hehee..
ما خلا رجل بامرئة..الا كان الشيطان ثلثهما

Itulah mereka golongan yang banyak, tidak seorang pon antara mereka termasuk dalam golongan yang sedikit..sebabnya..banyak mereka yang melakukan maksiat..lupakan Allah..tapi sedikit sahaja yang sentiasa beribadah dan ingat Allah..Nauzubillah,moga kita tergolong dalam golongan yg sedikit..Hari kekasih yang disambut oleh agama lain mereka ingat,tp Islam sendiri,banyak hari kekasih,xde pulak diorang nak sambut,nak ingat..contoh: Hari Kekasih Ummat(Maulidurrasul),Hari Kekasih Jiwa (Nuzul Al-Quran), Hari Kekasih Pencipta(hari jumaat),dan banyak lah lagi hari Kekasih Islam(Ramadhan,Hari raya AidilFitri/Adha,Hari memperingati Sahabat2 Rasulullah,pejuang2 agama seperti Salahudin Al-Ayoubi,Hasan Al-Bana dan banyak lagi).Kite sering terlupa kan??Ramai lagi antara kita termasuk ana tak tahu pun,tarikh2 penting,seperti Tarikh kelahiran Rasulullah,tarikh kewafatan beliau dan sebagainya..

Untuk manusia lak,bile agaknye hari kekasih yang dianjur Islam??ade..bukan xde..1 hari je sambut,tpi kesannya berulang kali..taw bile??Hari pernikahan la..huhueee..pastu nak wat ape pon,lantak p la...huhueee..ade lagi!!!tpi bukan la hari kekasih,just hari kasih..taw bile??hari2,tiap jam,tiap minit,tiap saat...kasih kat kuarga,sahabat2,jiran tetangga,dan diri sendiri...Wallahualam...
Sekian sahaja wat masa nie..maaf atas kelewatan sebab ana xtaw pon ble Valentine day..yg de kat blog ana pon calendar mnuju maulidurrasul..nasib bek ramai yang ckp..dapat gak bahan merepek utk di postkan..huhueee..
terima kasih kerana mmbaca..
Moga ketemu lagi dilain hari..Insyaallah..
Maaf jika ada tersalah bicara,terkasar bahasa..

Sabtu, 13 Februari 2010

Iktibar Dijalanan II


Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh..Alhamdulillah,dengan limpah kurniaNya,dapat ana menambah post untuk berkongsi pengalaman dan ilmu bersama para pembaca..
Sempena Tahun Baru Cina,pihak Universiti memberi cuti selama 4 hari bermula dari sabtu hingga selasa.Dikesempatan itu,ana bercadang untuk pulang kekampung kerana ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.Sepatutnya ana pulang pada hari Jumaat setelah selesai solat jumaat..Namun,sahabat ana memujuk agar pulang keesokannya kerana ada banyak aktiviti yang hendak dilakukan bagi merapatkan ukhwah..setelah selesai solat Jumaat,UIAM agak ‘bz’ berbanding kebiasaan..Rupa-rupanya ada lawatan PM,Dato Seri Najib ke UIAM..Ana pun wat macam biasa la,sebab xda kaitan dengan penglibatan pelajar..Selesai makan,ana dan ‘rumet’ ana pon mengambil laptop masing2 dan kembali turun ke café Al-Siddiq untuk melayari internet..Malangnya,connection system telah pon ditutup menyebabkan kami tidak dapat melayari internet..Dengan perasaan hampa,kami naik semula ke bilik..
Selesai solat asar,kami bergegas ke male sport complex seperti kebiasaannya untuk beriadah,main badminton..Oleh kerana ramai sahabat yang telah balik,maka kepuasan dirasai kerana tidak perlu berebut2 untuk bermain di gelanggang..Sebelum maghrib,kami pulang ke bilik masing2 untuk beribadah sehingga lepas isya’..Setelah itu,pada pukul 9.45 pm,mereka mengajak ana pergi ke Danau Kota untuk membeli beberapa barang keperluan masing2..Tanpa dirancang dari awal,kami bergegas ke Selayang untuk makan..
Perjalanan yang agak menyeronok dan kelakar,kerana masing2 sesat setelah terpisah..Ana yang berada didepan sekali,memecut laju dengan keyakinan diri tanpa mengetahui jalan..Tiba2 sahabat yg membonceng ana memberitahu yang ana da salah jalan..Ana pon da tak tentu arah kerana dah jauh dari jalan sebenar..kami pun berpatah balik ke Batu Caves untuk berkumpul dengan sahabat yang lain,yang juga telah sesat..Setelah berkumpul,kami meneruskan perjalanan,dan alhamdulillah,sampai ke tempatnya..Memang gempak lah kedai makan tersebut,walaupun agak mahal sedikit,tapi mmg puas hati..
Sedar xsedar dalam kerancakan bersembang sementara menunggu makanan yang dipesan,jam telah menunjukkan pukul 12.30 am..Ini bermakna,kami tidak akan dapat masuk ke UIAM kerana telah melepasi waktu kebenaran masuk..Sudahnya,kami bersiar2 dan singgah di Taman Tasik Titiwangsa sementara menunggu subuh..
Seperti yang telah disangkakan,ramailah kelihatan pasangan2 yang asyik dilamun cinta ‘merendek’ ber2-2an melakukan maksiat..Ana dengan 2 org sahabat sengaja berjalan2 untuk melihat masalah remaja kini..Bukan sekadar melihat,ana dan sahabat siap mem’psycho ‘ mereka’ dengan tindakan yang agak suspicous ala pencegah maksiat,dan saling menggelarkan diri ustaz ketika bersembang bersama..n ada la lagi yg kami lakukan agar mereka sedar dan malu atas tindakan mereka yg tidak senonoh itu..bukan setakat berduaan,duduk rapat2,peluk2,cium2,raba2..langsung xda rasa malu apabila kami lalu berhampiran mereka..yang lebih memalukan,gadis melayu Islam yg menjadi majoritinya.berpakaian dan berkelakuan tidak senonoh..ada yang pakai dedah itu ini..ada lak yg pakai tudung,tapi berasmara dengan pasangan ditempat awam..pukul 3 pagi lak tue..kadang2 terfikir gak ‘mana peranan mak bapak diorang nie??walopun da besar,tp xke risau anak dara kuar ngn lelaki sampai lewat malam??sah2 da tercemr maruah anak dara dorg tue..Inilah yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. bahawa apabila manusia sering melakukan dosa maksiat,hati mereka akan menjadi keras,lalu sebarang kemaksiatan yang mereka lakukan seterusnya,tiada kesan bg mereka,tidak merasakan salah akan perbuatan mereka,bahkan bangga dan mnunjuk2..Astaghfirullahaalazim..Nauzubillah,moga kita terlindung daripada tergolong dalam golongan mereka..

Tepat jam 5am,kami pon bergerak pulang ke UIAM dengan mata yang kuyu dan kepala yang melayang2..pemanduan yang tidak melebihi 60 km/j dek kerana rasa mengantuk,dikekalkan lagi,tetapi bukan kerana mengantuk..dalam pertengahan jalan,dari jauh kelihatan lampu biru berkelip2 menunjukkan ada polis..kemungkinan besar ada sekatan jalan raya,maklumlah sempena Tahun Baru Cina..maka persiapan diri untuk ditahan,telah bersedia,setibanya kami dikawasan tersebut,alangkah berdebarnya hati apabila kelihatan ramai orang awam di tepi jalan melihat 1 plastik hitam menutupi tar,dan jalan dipenuhi body kenderaan yang bersepai..kami pun berhenti di bahu jalan untuk mengetahui apa yang terjadi..1 kemalangan yg mengakibatkan seorang maut..berdasarkan maklumat polis dan saksi,motor LC yang ditunggangi mangsa dalam keadaan melawan arus merempuh sebuah kereta kancil,lalu tercampak hampir beberapa puluh meter.Mangsa yang berbangsa India,maut ditempat kejadian..setelah puas melihat peristiwa itu,kami pun meneruskan perjalanan pulang dalam keadaan insaf dan berhati2..


Setelah selesai solat subuh,ana pun tidur sebentar kerana telah 2 hari tidak tidur..Ana memerlukan tenaga untuk pulang ke kampung..Tepat jam 12pm,ana pon bertolak dari UIAM ke kampung ana melalui jalan lama,jalan ulu yam..terkenang kembali peristiwa kemalangan yg terjadi disitu antara motor dengan motor hujung bulan 1..kemalangan yang ana telah ceritakan sebelum ini..Perjalanan diteruskan,keadaan perjalanan lancar..sehinggalah keadaan lalulintas menjadi sesak di pertengahan ulu yam..dari jauh kelihatan asap hitam berkepul2..Ana pasti,ada kenderaan terbakar..Tepat sekali!!ana pun memberhentikan motor AGU ana dibahu jalan dan mengeluarkan hp untuk menangkap gambar..nak tolong xboleh..da ade polis da pon,siap suruh ana jalan lagi,xleh berhenti..Pada mulanya ana xperasan ianya melibatkan 2 kenderaan kerana ana lihat yg hangus terbakar tue je..rupenye depan tempat ana berhentikan motor,ade 1 lagi kereta yang terbalik..dan kelihatan pemandunya yang cedera dibantu org ramai ke hospital berhampiran..wow,pertama kali melihat kemalangan besar,2 kali lak tue dalam sehari nie..insaf2,banyak iktibar yg boleh difikirkan..antum fikir la sendiri epp apa iktibarnya?juga secara xlangsung,ana sentiasa mengingatkan diri agar berhati2 dan sabar ketika memandu..


Alhamdulillah,kini ana berada dirumah,dalam keadaan letih,tetapi bersyukur kerana selamat tiba dan dapat berjumpa dengan ummi tercinta..kebetulan ada pulak pakcik ngn makcik ana datang bertandang di rumah selama beberapa hari..sekian sahaja pengalaman ana kali ini..moga ketemu lagi dilain waktu..insyaallah..jazakallahukhairan..ilalliqa’..

Ahad, 7 Februari 2010

Co-up-le


Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh..Bersyukur kehadrat Illahi dengan limpah kurniaNya serta keizinanNya,dapat ana menambahkan lagi post blog ana dengan repekan2 yang adakalanya agak berguna..Kali ni ana nak berbincangkan dengan antum semua mengenai “couple”..
Couple come from da combination of 3 words (bikin teori sendiri je nih..heee..)..Co+up+le..co=rakan, up=atas, le=lah(malay word,always say ‘lah’at da end of sentence~influence from chinese)..meaning,menganggap seseorang pasangan itu ‘atas’ lagi dari ‘rakan’ biasa..’le’ tue plak macam fe’il amar la lebih kurang..hahaa..pentingnya kewujudan ‘le’ tue adalah sebagai suruhan agar kita berpasang-pasangan..[amaran:jgn jadikan sebagai bahan kajian assignment sbb nie pandangan ana sendiri je uh!!~ngeee]
So,berbalik soal couple nie…seringkali persoalan berkumandang di ceruk2 web2 islamiah,di telinga2 murabbi dan sahabat2 handai yang menjadi tempat meluahkan rahsia hati,”boleh ke ber’couple’??”
Dulu,ana sendiri sering tertanya2 kepada diri sendiri dan sahabat2..boleh ke??tengok orang len elok je ber’couple’..bukan setakat yang ‘biasa2’,yang ‘sheikh2’ dan mereka yang terdidik dengan Islam pon ade gak ber’couple’..so ana pon semakin kompius..lalu naluri remaja yang sentiasa ingin tahu,mencari2 maklumat berkaitan di web2 islamic(iluvislam),maka terjawablah persoalan yang selama ini membelenggu diri yang kecetekan ilmu ini..Dikuat pulak dengan statement yg diberikah murabbi dan ikhwah yang mantop2..ternyata,DALAM ISLAM TIADA COUPLE..tiada selagi tidak dihalalkan dengan mahar dan nikah..
Dah tue ada la plak yang ‘argue’,’tiada’ dalam Islam,xcakap pon xboleh…aduyai,klu da xda tue mean xboleh la.Namun,ana sebagai hamba, selemah2 hamba Allah,sukar rasanya menerima hakikat ini..kerana ana sentiasa menyebut kedua2nya,hukum dunia dan hukum Islam tatkala diajukan soalan berkaitan kepada ana..seringkali ana menasihati sahabat2,melalui persepsi duniawi kerana mereka pasti tidak dapat menerima dari persepsi Islam..”ak xnk bicara ikut Islam pasal dah tentu2 xboleh,tapi disebabkan ko desperate sgt nak couple,lantak p la ko..asalkan ko jaga batas pergaulan,ikut hukum syarak,dan sentiasa berfikir waras dan matang..”da xkuasa rasanya nak halang sebab ana sendiri tringin gak nak merasa pengalaman ber’couple’..Syukur kepada Allah ana tiada peluang untuk itu..
Disini,bukanlah niat ana untuk menghentam mereka yang ber’couple’,ana tidak menyuruh pon siapa2 untuk tidak ber’couple’..antum baca,dan fikirlah sendiri epp,mana yang antum rasa terbaik untuk antum(walau hakikatnya Allah je yg tau ape yg terbaik untuk hambaNya)..antum semua da dewasa,matang..boleh fikir sendiri mana yang baik,mana yg buruk..kali nie ana xnak bicara ikut persepsi dunia.
~bahan diambil dari web iluvislam~diolah dengan pemahaman sendiri..
“Kenapa xboleh couple??yg xboleh tue couple kerana nafsu kan?tapi ade yang couple kerana study,bincang pelajaran je… bile couple kerana study,leh tingkatkan semangat belajar..berdua-dua pon xpegang tngan,xsentuh pun..just berbincang je..”” ade gak ‘couple’ ‘kerana ‘ Allah..mesej pon saling nasihat menasihati dan ingt-mengingati untuk kebaikan..xwat maksiat pon,mne de g jumpa,dating2..so da dapat elakkan maksiat dan zina..”
Itulah antara alasan pasangan bercouple..nak kata kerana study??tipuuu…nafsu tue!!pekejadahnya study berdua2??ble blajar berdua2,betul ke bincang study jekk??ke bincang pasal ‘masa depan’??xkan dapat fokus punye klu da pasangan bercinta belajar berdua bersama..mata entah kemana,fikiran pon ntah kemana..silap2 tangan ngan kaki pon tetiba je hyper aktif semacam..macam mana nak dapat redha Allah dlm pelajaran klu wat perkara yg dilarang..?kan memandang,berdua2-an,dan bersembang dengan wanita yang bukan muhrim itu haram…
Haa,yang nie part paling best..’couple kerana Allah’..couple kerana Allah adalah apabila 2 hati itu disatukan dengan ikatan yang sah dan halal untuk mencari redhaNya...memang bagus mesej2 je,xde jumpe..elak zina kabir..tapi zina soghir??yakni zina hati,zina mata??tipuu la kalau ckp sntiasa mngingatkan tentang Allah..disaat dia mengingatkan pasangan kepada Allah itulah mereka lupa pada Allah,kerana memikirkan pasangan..kenapa harus kepada pasangan??klu betul la kerana Allah,kenapa xingatkan skali kat ikhwah2,akhowat2 yg len??
mengambil ibrah dari seorang wali Allah yang tidak pernah melupakanNya,sentiasa berzikir..Suatu hari beliau terlihat sepohon pokok kurma yang berbuah segar,beliau teringin untuk memakan sedikit sahaja,namun kerna memikirkan untuk makan buah kurma,beliau terlupa sebentar kepada Allah..lalu setelah menyedari akan kesilapan beliau,beliau menghukum diri sendiri dengan menuju ke lembah singa supaya singa2 dapat merobek2 dada beliau yang lupakan Allah.Namun,tiada seekor pon yang mengancam beliau.Lihatlah tahap keimanan ulama’2,wali2.,dan para Sahabat..dibanding pula dengan kita yang sering melupakan Pencipta ciptaan yang kita sayangi..
Ingatlah,sesungguhnya syaitan itu telah berjanji untuk menyesatkan kaum Adam dengan pelbagai cara dari yang sejelas2 perbuatan hinggalah sehalus2 perlakuan..Syaitan sentiasa menutupi keburukan sesuatu perkara yang sgt banyak dengan hanya 1 kebaikan sahaja,agar kita terjerat dengan perangkapnya..Dan apabila kita telah diperangkap,maka syaitan pon telah berjaya menguasai diri kita..kerana itulah,kita sering melakukan perkara yang SANGAT BODOH..kerana cinta manusia,kita saling bergaduh,bermusuh…kerana cinta pasangan,kawan sanggup ditolak tepi,difitnah,diberi amaran walaupon kawan karib agar tidak mendekati pasangannya..ternyata,minda kita juga telah dikuasai olehnya..ana berkata melalui pengalaman ana dengan ‘kawan2’ yang sangat ‘baik’..
Emm..ana rasa,cukup lah sampai disini,da xtaw apa yang ana repekkan..heheee…blurr222!!!!kata2 nasihat~lelaki memiliki 9 akal dan 1 nafsu..syaitan akan serang yang paling sedikit iaitu nafsu..dan apabila nafsu lelaki telah dikuasai,maka 9 akal kan tunduk mengikut perintah nafsu..maka kuasailah 9 akal,dan jagalah sebaik2nya nafsu dengan akal yg telah dikuasai..begitulah juga yg terjadi kepada wanita, mempunyai 9 nafsu dan 1 akal..syaitan berusaha menguasai 1 akal agar 9 nafsu bergelora menurut perintah akal yang telah dikuasai syaitan..maka,kuasai 1 akal,pelihara 9 nafsu dengan pertolongan dari Allah..

Akhir kalam,marilah sama2 kita mengambil ibrah dari apa yang telah dibincangkan…ana turut tujukan kepada diri ana sendiri kerana ana bukan lah sebaik2 hamba Allah,ikhwah dan sahabat..ana sendiri merasakan agak mustahil untuk ana lari dari soal nie..xmustahil,tapi tersangat2lah sukar..menahan diri dari terus bermesej dengan akhowat,Ya Allah,rasa merana diri..seringkali jari jemari nak menekan je butang2 pad hp scara otomatik..lagi2 ble da rapat dengan seseorang,Allahuakbar,nak menangis rasanya untuk menahan diri dari menghantar mesej yg lagho..memberontak,melawan diri sendiri,melawan nafsu..namun adakalanya tersungkur jua..itu menandakan ana hambaNya yang lemah iman…wallahualam..

Selasa, 2 Februari 2010

Janamdin Mubarrak~Firdaus Ibnu Noor


Semalam,02 Februari ,merupakan hari lahir sahabat dan juga room mate ku,Firdaus Ibn Noor.Selamat Hari Jadi ke-20 diucapkan kepada beliau..Semoga beliau dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan berbahagia menjalani hidup dengan tabah dan penuh keimanan..Kini kami telah sebaya,tiada lagi ‘junior’ antara kami ber-4 didalam bilik ini..huhuue..1 kebanggaan bagi beliau yang lebih matang dari segi pemikiran berbanding diriku..Tiada sambutan yang menarik diadakan bagi menyambut hari istimewa bagi beliau..Cuma sambutan secara kecilan antara aku dan dirinya kerana sahabat2 yang lain sibuk dengan midterm bg kuliah masing2..Alangkah seronoknya jika kami,sahabat2,dapat berkumpul bersama..Dek kerana jadual kelas yang padat,aku juga tidak sempat menyediakan apa2 utk beliau…Namun kucuri juga masa,dan kebetulan aku tiada apa2 kerja belah malamnya..Lalu aku ajak beliau pergi shopping di Giant Batu Caves kerana banyak barang keperluan ku yang hendak dibeli..Secara senyap2,aku pergi ke ruang “cake n bakery” lalu ku beli kek coklat yang harganya mampu kubeli,agar budget kewanganku tidak lari..Setelah itu kami singgah makan di kedai yang suasananya agak romantic,kerana cahaya lilin yang samar2 menerangi meja makan di gerai tersebut..Tanpa mengendahkan orang disekeliling,aku keluarkan kek dan menyuruh sahabatku itu memotong sambil kunyanyikan lagu “hepi besday 2 u..” secara sepoi2 bahasa…~ngeeee..
Walau tidak begitu meriah,aku terfikir untuk membuat 1 “parti” dikala semua sahabatku tiada urusan lain..parti sambutan hari lahir gabungan untuk semua sahabat2 ku,beserta sedikit cenderahati sebagai kenang-kenangan..Namun semua itu menelan belanja yang banyak..Aku bukan lah anak orang kaya yang boleh menanggung semuanya..aku memerlukan sumbangan dari sahabat2ku semua,dan kerjasama mereka,agar impianku dapat dilaksanakan..Insyaallah,suatu hari nanti…akan ku kemukakan kepada mereka selain membuat 1 lagi lawatan pada akhir sem seperti sem lepas..Semoga jalinan ukhwah yang terbina semakin kukuh dan mendapat redha dariNya…

C.I.N.T.A.


Cinta.."Apa itu cinta"??"Ada apa dengan cinta??"..Persoalan yang sering bermain dalam kotak fikiran kebanyakan manusia..Kita sering melafazkan "ayat-ayat cinta"..Tetapi kepada siapa seharusnya kita tujukan??manusiakan atau Penciptanya??cinta itu buta.."Butakan cinta"??Ramai yang mengatakan sedemikian..Tetapi hakikatnya kita sendiri yang buta..Buta dari melihat hak yang sewajibnya didahulukan..Kita tidak dapat menentukan "destinasi cinta" kita..Maka ramailah diantara kita yang terjerat dalam "jerat percintaan"..Pernahkah kita terfikir,begitu mudahnya untuk kita menyintai seseorang..dan begitu kejapnya kita mendapatkan cintanya.Sedangkan untuk mendapatkan "cinta Allah" itu amatlah sukar sekali,mengambil masa yang terlalu lama,bahkan ada yang langsung tidak berpeluang menyintaiNya..Hal ini menunjukkan bahawa cinta Allah itu amat mahal nilainya,bahkan tidak ternilai pun jika dibandingkan harta dan wanita yang tiada nilai disisi Allah.."Akibat cinta dunia"kita sering tersungkur dimedan juang dalam menegakkan syiar Islam kerana kita "asyik..asyik..asyik..asyik-asyiknya bercintaaa haa" dengan keindahan dunia..Gelora nafsu manusia yang "sedang ingin bercinta" tanpa disandarkan dengan syariat Islam menyebabkan hukum Allah diketepikan..Dikala itu kita dapat rasai "indah percintaan"dihiasi "bunga-bunga cinta, tetapi malangnya ia merupakan"cinta bersulam noda" yang membuatkan syaitan melompat2 gembira dan Allah menjadi murka..Akibatnya,pasangan-pasangan penzina dan manusia yang dikuasai syaitan akan nafsunya semakin berleluasa dan bermaharajalela dibumi yang dicipta Allah sebagai tempat persinggahan kita,hanya dengan sedikit "kalimah cinta"manis sebagai umpan..Lalu,"bila cinta didusta",tidaklah mereka bertaubat melainkan membuat perkara-perkara tidak waras lagi terkutuk seperti menjadi pelacur,berfoya-foya dengan pasangan yang bersilih ganti dengan niat menyakiti hati mereka,bahkan ada yang sanggup membunuh diri..Yang masih tidak serik dengan "cinta pertama",mereka "jatuh cinta lagi" dengan yang selain dari Nya tanpa mengambil iktibar dari apa yang telah terjadi sebelum itu..memang rumit bila berbicara soal cinta.."Cinta 3 segi" misalnya..Berebut-rebut mahukan pasangan sampai membawa ke gelangganag pergaduhan dan dendam..Masing-masing menuduh sebagai perampas..Perampas??"Siapa yang rampas cintamu"itu??Tiadasiapa pun yang rampas cinta mu melainkan dirimu sendiri..Cinta itu ada,setiap manusia,"carilah cinta","cinta abadi"..Wahai sahabat-sahabatku sekalian,marilah bersama-sama,"cintailah Illahi" yang merupakan pencipta cinta,kerana Dia "Maha Karya Cinta..Dalam hidup ini kita sering membuat pilihan samada yang terbaik bagi kita atau sebaliknya..Pilihan untuk memilih "antara 2 cinta" samada cinta hak dari bawah yang belum pasti sampai ke atas,atau menyintai hak dari atas ke bawah,nescaya Yang diatas akan menentukan "takdir cinta" yang terbaik bagi kamu..Berbahagialah selepas cintamu kepada hambaNya dihalalkan dengan "mahar cinta""demi cinta suci" agar kamu dapat nikmati "cahaya cinta" yang menyambungkan"jalinan cinta"antara Allah dengan hambaNya..Dan "ketika cinta bertasbih"dikala itulah kita akan "melakar cinta dipintu syurga" yang membawa kita ke "syurga cinta"..."Terima kasih cinta","kerana cinta" memberi peluang kepadaku untuk memilih "keabadian cinta"..."Ya Allah,"atas nama cinta"-Mu,"ku serah cinta"ku kepadaMu,dan "ku harap cinta" dariMu sentiasa bersamaku.."Aku tanpa cintaMu" menjadikan diriku insan yang lemah,daif,dan berdosa..Jadikanlah nama-namaMu dan zikir-Mu sebagai "lagu jiwa lagu cinta" untuk diriku supaya sentiasa mengingatiMu..Aku sangat-sangat mendambakan cinta dariMu ya Allah sebelum diriku diselimuti "kain cinta putih..Perkenankanlah Ya Allah!!!Ameen.."