Islamic Widget

Carian

Sabtu, 13 Februari 2010

Iktibar Dijalanan II


Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh..Alhamdulillah,dengan limpah kurniaNya,dapat ana menambah post untuk berkongsi pengalaman dan ilmu bersama para pembaca..
Sempena Tahun Baru Cina,pihak Universiti memberi cuti selama 4 hari bermula dari sabtu hingga selasa.Dikesempatan itu,ana bercadang untuk pulang kekampung kerana ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.Sepatutnya ana pulang pada hari Jumaat setelah selesai solat jumaat..Namun,sahabat ana memujuk agar pulang keesokannya kerana ada banyak aktiviti yang hendak dilakukan bagi merapatkan ukhwah..setelah selesai solat Jumaat,UIAM agak ‘bz’ berbanding kebiasaan..Rupa-rupanya ada lawatan PM,Dato Seri Najib ke UIAM..Ana pun wat macam biasa la,sebab xda kaitan dengan penglibatan pelajar..Selesai makan,ana dan ‘rumet’ ana pon mengambil laptop masing2 dan kembali turun ke café Al-Siddiq untuk melayari internet..Malangnya,connection system telah pon ditutup menyebabkan kami tidak dapat melayari internet..Dengan perasaan hampa,kami naik semula ke bilik..
Selesai solat asar,kami bergegas ke male sport complex seperti kebiasaannya untuk beriadah,main badminton..Oleh kerana ramai sahabat yang telah balik,maka kepuasan dirasai kerana tidak perlu berebut2 untuk bermain di gelanggang..Sebelum maghrib,kami pulang ke bilik masing2 untuk beribadah sehingga lepas isya’..Setelah itu,pada pukul 9.45 pm,mereka mengajak ana pergi ke Danau Kota untuk membeli beberapa barang keperluan masing2..Tanpa dirancang dari awal,kami bergegas ke Selayang untuk makan..
Perjalanan yang agak menyeronok dan kelakar,kerana masing2 sesat setelah terpisah..Ana yang berada didepan sekali,memecut laju dengan keyakinan diri tanpa mengetahui jalan..Tiba2 sahabat yg membonceng ana memberitahu yang ana da salah jalan..Ana pon da tak tentu arah kerana dah jauh dari jalan sebenar..kami pun berpatah balik ke Batu Caves untuk berkumpul dengan sahabat yang lain,yang juga telah sesat..Setelah berkumpul,kami meneruskan perjalanan,dan alhamdulillah,sampai ke tempatnya..Memang gempak lah kedai makan tersebut,walaupun agak mahal sedikit,tapi mmg puas hati..
Sedar xsedar dalam kerancakan bersembang sementara menunggu makanan yang dipesan,jam telah menunjukkan pukul 12.30 am..Ini bermakna,kami tidak akan dapat masuk ke UIAM kerana telah melepasi waktu kebenaran masuk..Sudahnya,kami bersiar2 dan singgah di Taman Tasik Titiwangsa sementara menunggu subuh..
Seperti yang telah disangkakan,ramailah kelihatan pasangan2 yang asyik dilamun cinta ‘merendek’ ber2-2an melakukan maksiat..Ana dengan 2 org sahabat sengaja berjalan2 untuk melihat masalah remaja kini..Bukan sekadar melihat,ana dan sahabat siap mem’psycho ‘ mereka’ dengan tindakan yang agak suspicous ala pencegah maksiat,dan saling menggelarkan diri ustaz ketika bersembang bersama..n ada la lagi yg kami lakukan agar mereka sedar dan malu atas tindakan mereka yg tidak senonoh itu..bukan setakat berduaan,duduk rapat2,peluk2,cium2,raba2..langsung xda rasa malu apabila kami lalu berhampiran mereka..yang lebih memalukan,gadis melayu Islam yg menjadi majoritinya.berpakaian dan berkelakuan tidak senonoh..ada yang pakai dedah itu ini..ada lak yg pakai tudung,tapi berasmara dengan pasangan ditempat awam..pukul 3 pagi lak tue..kadang2 terfikir gak ‘mana peranan mak bapak diorang nie??walopun da besar,tp xke risau anak dara kuar ngn lelaki sampai lewat malam??sah2 da tercemr maruah anak dara dorg tue..Inilah yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. bahawa apabila manusia sering melakukan dosa maksiat,hati mereka akan menjadi keras,lalu sebarang kemaksiatan yang mereka lakukan seterusnya,tiada kesan bg mereka,tidak merasakan salah akan perbuatan mereka,bahkan bangga dan mnunjuk2..Astaghfirullahaalazim..Nauzubillah,moga kita terlindung daripada tergolong dalam golongan mereka..

Tepat jam 5am,kami pon bergerak pulang ke UIAM dengan mata yang kuyu dan kepala yang melayang2..pemanduan yang tidak melebihi 60 km/j dek kerana rasa mengantuk,dikekalkan lagi,tetapi bukan kerana mengantuk..dalam pertengahan jalan,dari jauh kelihatan lampu biru berkelip2 menunjukkan ada polis..kemungkinan besar ada sekatan jalan raya,maklumlah sempena Tahun Baru Cina..maka persiapan diri untuk ditahan,telah bersedia,setibanya kami dikawasan tersebut,alangkah berdebarnya hati apabila kelihatan ramai orang awam di tepi jalan melihat 1 plastik hitam menutupi tar,dan jalan dipenuhi body kenderaan yang bersepai..kami pun berhenti di bahu jalan untuk mengetahui apa yang terjadi..1 kemalangan yg mengakibatkan seorang maut..berdasarkan maklumat polis dan saksi,motor LC yang ditunggangi mangsa dalam keadaan melawan arus merempuh sebuah kereta kancil,lalu tercampak hampir beberapa puluh meter.Mangsa yang berbangsa India,maut ditempat kejadian..setelah puas melihat peristiwa itu,kami pun meneruskan perjalanan pulang dalam keadaan insaf dan berhati2..


Setelah selesai solat subuh,ana pun tidur sebentar kerana telah 2 hari tidak tidur..Ana memerlukan tenaga untuk pulang ke kampung..Tepat jam 12pm,ana pon bertolak dari UIAM ke kampung ana melalui jalan lama,jalan ulu yam..terkenang kembali peristiwa kemalangan yg terjadi disitu antara motor dengan motor hujung bulan 1..kemalangan yang ana telah ceritakan sebelum ini..Perjalanan diteruskan,keadaan perjalanan lancar..sehinggalah keadaan lalulintas menjadi sesak di pertengahan ulu yam..dari jauh kelihatan asap hitam berkepul2..Ana pasti,ada kenderaan terbakar..Tepat sekali!!ana pun memberhentikan motor AGU ana dibahu jalan dan mengeluarkan hp untuk menangkap gambar..nak tolong xboleh..da ade polis da pon,siap suruh ana jalan lagi,xleh berhenti..Pada mulanya ana xperasan ianya melibatkan 2 kenderaan kerana ana lihat yg hangus terbakar tue je..rupenye depan tempat ana berhentikan motor,ade 1 lagi kereta yang terbalik..dan kelihatan pemandunya yang cedera dibantu org ramai ke hospital berhampiran..wow,pertama kali melihat kemalangan besar,2 kali lak tue dalam sehari nie..insaf2,banyak iktibar yg boleh difikirkan..antum fikir la sendiri epp apa iktibarnya?juga secara xlangsung,ana sentiasa mengingatkan diri agar berhati2 dan sabar ketika memandu..


Alhamdulillah,kini ana berada dirumah,dalam keadaan letih,tetapi bersyukur kerana selamat tiba dan dapat berjumpa dengan ummi tercinta..kebetulan ada pulak pakcik ngn makcik ana datang bertandang di rumah selama beberapa hari..sekian sahaja pengalaman ana kali ini..moga ketemu lagi dilain waktu..insyaallah..jazakallahukhairan..ilalliqa’..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan