Islamic Widget

Carian

Ahad, 7 Februari 2010

Co-up-le


Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh..Bersyukur kehadrat Illahi dengan limpah kurniaNya serta keizinanNya,dapat ana menambahkan lagi post blog ana dengan repekan2 yang adakalanya agak berguna..Kali ni ana nak berbincangkan dengan antum semua mengenai “couple”..
Couple come from da combination of 3 words (bikin teori sendiri je nih..heee..)..Co+up+le..co=rakan, up=atas, le=lah(malay word,always say ‘lah’at da end of sentence~influence from chinese)..meaning,menganggap seseorang pasangan itu ‘atas’ lagi dari ‘rakan’ biasa..’le’ tue plak macam fe’il amar la lebih kurang..hahaa..pentingnya kewujudan ‘le’ tue adalah sebagai suruhan agar kita berpasang-pasangan..[amaran:jgn jadikan sebagai bahan kajian assignment sbb nie pandangan ana sendiri je uh!!~ngeee]
So,berbalik soal couple nie…seringkali persoalan berkumandang di ceruk2 web2 islamiah,di telinga2 murabbi dan sahabat2 handai yang menjadi tempat meluahkan rahsia hati,”boleh ke ber’couple’??”
Dulu,ana sendiri sering tertanya2 kepada diri sendiri dan sahabat2..boleh ke??tengok orang len elok je ber’couple’..bukan setakat yang ‘biasa2’,yang ‘sheikh2’ dan mereka yang terdidik dengan Islam pon ade gak ber’couple’..so ana pon semakin kompius..lalu naluri remaja yang sentiasa ingin tahu,mencari2 maklumat berkaitan di web2 islamic(iluvislam),maka terjawablah persoalan yang selama ini membelenggu diri yang kecetekan ilmu ini..Dikuat pulak dengan statement yg diberikah murabbi dan ikhwah yang mantop2..ternyata,DALAM ISLAM TIADA COUPLE..tiada selagi tidak dihalalkan dengan mahar dan nikah..
Dah tue ada la plak yang ‘argue’,’tiada’ dalam Islam,xcakap pon xboleh…aduyai,klu da xda tue mean xboleh la.Namun,ana sebagai hamba, selemah2 hamba Allah,sukar rasanya menerima hakikat ini..kerana ana sentiasa menyebut kedua2nya,hukum dunia dan hukum Islam tatkala diajukan soalan berkaitan kepada ana..seringkali ana menasihati sahabat2,melalui persepsi duniawi kerana mereka pasti tidak dapat menerima dari persepsi Islam..”ak xnk bicara ikut Islam pasal dah tentu2 xboleh,tapi disebabkan ko desperate sgt nak couple,lantak p la ko..asalkan ko jaga batas pergaulan,ikut hukum syarak,dan sentiasa berfikir waras dan matang..”da xkuasa rasanya nak halang sebab ana sendiri tringin gak nak merasa pengalaman ber’couple’..Syukur kepada Allah ana tiada peluang untuk itu..
Disini,bukanlah niat ana untuk menghentam mereka yang ber’couple’,ana tidak menyuruh pon siapa2 untuk tidak ber’couple’..antum baca,dan fikirlah sendiri epp,mana yang antum rasa terbaik untuk antum(walau hakikatnya Allah je yg tau ape yg terbaik untuk hambaNya)..antum semua da dewasa,matang..boleh fikir sendiri mana yang baik,mana yg buruk..kali nie ana xnak bicara ikut persepsi dunia.
~bahan diambil dari web iluvislam~diolah dengan pemahaman sendiri..
“Kenapa xboleh couple??yg xboleh tue couple kerana nafsu kan?tapi ade yang couple kerana study,bincang pelajaran je… bile couple kerana study,leh tingkatkan semangat belajar..berdua-dua pon xpegang tngan,xsentuh pun..just berbincang je..”” ade gak ‘couple’ ‘kerana ‘ Allah..mesej pon saling nasihat menasihati dan ingt-mengingati untuk kebaikan..xwat maksiat pon,mne de g jumpa,dating2..so da dapat elakkan maksiat dan zina..”
Itulah antara alasan pasangan bercouple..nak kata kerana study??tipuuu…nafsu tue!!pekejadahnya study berdua2??ble blajar berdua2,betul ke bincang study jekk??ke bincang pasal ‘masa depan’??xkan dapat fokus punye klu da pasangan bercinta belajar berdua bersama..mata entah kemana,fikiran pon ntah kemana..silap2 tangan ngan kaki pon tetiba je hyper aktif semacam..macam mana nak dapat redha Allah dlm pelajaran klu wat perkara yg dilarang..?kan memandang,berdua2-an,dan bersembang dengan wanita yang bukan muhrim itu haram…
Haa,yang nie part paling best..’couple kerana Allah’..couple kerana Allah adalah apabila 2 hati itu disatukan dengan ikatan yang sah dan halal untuk mencari redhaNya...memang bagus mesej2 je,xde jumpe..elak zina kabir..tapi zina soghir??yakni zina hati,zina mata??tipuu la kalau ckp sntiasa mngingatkan tentang Allah..disaat dia mengingatkan pasangan kepada Allah itulah mereka lupa pada Allah,kerana memikirkan pasangan..kenapa harus kepada pasangan??klu betul la kerana Allah,kenapa xingatkan skali kat ikhwah2,akhowat2 yg len??
mengambil ibrah dari seorang wali Allah yang tidak pernah melupakanNya,sentiasa berzikir..Suatu hari beliau terlihat sepohon pokok kurma yang berbuah segar,beliau teringin untuk memakan sedikit sahaja,namun kerna memikirkan untuk makan buah kurma,beliau terlupa sebentar kepada Allah..lalu setelah menyedari akan kesilapan beliau,beliau menghukum diri sendiri dengan menuju ke lembah singa supaya singa2 dapat merobek2 dada beliau yang lupakan Allah.Namun,tiada seekor pon yang mengancam beliau.Lihatlah tahap keimanan ulama’2,wali2.,dan para Sahabat..dibanding pula dengan kita yang sering melupakan Pencipta ciptaan yang kita sayangi..
Ingatlah,sesungguhnya syaitan itu telah berjanji untuk menyesatkan kaum Adam dengan pelbagai cara dari yang sejelas2 perbuatan hinggalah sehalus2 perlakuan..Syaitan sentiasa menutupi keburukan sesuatu perkara yang sgt banyak dengan hanya 1 kebaikan sahaja,agar kita terjerat dengan perangkapnya..Dan apabila kita telah diperangkap,maka syaitan pon telah berjaya menguasai diri kita..kerana itulah,kita sering melakukan perkara yang SANGAT BODOH..kerana cinta manusia,kita saling bergaduh,bermusuh…kerana cinta pasangan,kawan sanggup ditolak tepi,difitnah,diberi amaran walaupon kawan karib agar tidak mendekati pasangannya..ternyata,minda kita juga telah dikuasai olehnya..ana berkata melalui pengalaman ana dengan ‘kawan2’ yang sangat ‘baik’..
Emm..ana rasa,cukup lah sampai disini,da xtaw apa yang ana repekkan..heheee…blurr222!!!!kata2 nasihat~lelaki memiliki 9 akal dan 1 nafsu..syaitan akan serang yang paling sedikit iaitu nafsu..dan apabila nafsu lelaki telah dikuasai,maka 9 akal kan tunduk mengikut perintah nafsu..maka kuasailah 9 akal,dan jagalah sebaik2nya nafsu dengan akal yg telah dikuasai..begitulah juga yg terjadi kepada wanita, mempunyai 9 nafsu dan 1 akal..syaitan berusaha menguasai 1 akal agar 9 nafsu bergelora menurut perintah akal yang telah dikuasai syaitan..maka,kuasai 1 akal,pelihara 9 nafsu dengan pertolongan dari Allah..

Akhir kalam,marilah sama2 kita mengambil ibrah dari apa yang telah dibincangkan…ana turut tujukan kepada diri ana sendiri kerana ana bukan lah sebaik2 hamba Allah,ikhwah dan sahabat..ana sendiri merasakan agak mustahil untuk ana lari dari soal nie..xmustahil,tapi tersangat2lah sukar..menahan diri dari terus bermesej dengan akhowat,Ya Allah,rasa merana diri..seringkali jari jemari nak menekan je butang2 pad hp scara otomatik..lagi2 ble da rapat dengan seseorang,Allahuakbar,nak menangis rasanya untuk menahan diri dari menghantar mesej yg lagho..memberontak,melawan diri sendiri,melawan nafsu..namun adakalanya tersungkur jua..itu menandakan ana hambaNya yang lemah iman…wallahualam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan