Islamic Widget

Carian

Ahad, 24 Januari 2010

Iktibar Dijalanan


Assalamualaikum para sahabat sekalian..
Ana nak berkongsi sedikit cerita yang tak menarik pon..
hehe..sjeje nak taip gak..~lalala..
Ana baru sahaja sampai di kampung sempena cuti universiti selama seminggu..
Mengikut perancangan,ana ingin ke rumah pakcik ana di Tg. Malim dan bermalam disana kerana tiada orang dirumah.
Ibu dan abang ana pergi ke Puchong kerana ibu ana ade check up di HKL..
Malangnye,setiba ana di rumah pakcik ana,pagarnya berantai dan bermangga..
Ana agak hairan kerana motor dan keretanya ada,tetapi pintu semuanya berkunci..
Jadi ana ingatkan beliau mengikut ibu dan abang ana ke Puchong..
Lalu ana meneruskan perjalanan ke kampung di Slim River..
Sepanjang perjalanan ana dari UIA ke kg,ada beberapa peristiwa yang menyedar dan memberi pengajaran kepada ana..
Telah berlaku beberapa kemalangan sepanjang perjalanan,ada yang agak ngeri dan ada juga yang biasa..
Namun bukanlah terjadi didepan mata ana.
Pada mulanya ana nampak kelibat 2 orang polis trafik..
Ana pun memperlahankan motor kerana menyangka ada roadblock..
Agak terkejut apabila sampai dekat dengan 2 orang polis tersebut yang sedang melakukan operasi menyelidik..
Berhampirannya ada 2 motor..yang ana perasan 1 motor yang berkecai adalah RXZ,dan kelihatan 'aliran' darah 'memotong' jalan..
Dan2 tue juga ana dah xwat lap baring sepertimana yang selalu ana wat sebelum2 nie..
Maka secara xlangsung ana menjadi pemandu berhemah untuk hari ini..hehe..
Selang beberapa Km,kelihatan pula sebuah motorsikal yg telah terjunam ke dalam longkang saluran tepi jalan..pemiliknya tidak kelihatan..Motor jenama Honda kapcai tersebut masih dalam keadaan yang baik..
Kemudian,kelihatan pula serpihan2 daging berselerakan diatas jalan..
Ternyata sangkaan ana tepat..
Bangkai anjing rupanya..
Nasib baik xlanggar..huhueee..
Selepas itu,ana sendiri pula yang hampir eksiden..Tapi xla hampir sangat..
Sempat jugak membrek..Lori dihadapan tiba2 je brek..
Maka dengan penuh skillnya ana pun brek sehingga berasap tayar belakang sambil mengalunkan bunyi merdu "screeeeeeeeeeeetttttt"..Alhamdulillah..xda pape pun berlaku..
Ingat!!Amalkan jarak 5 saat supaya nasibmu tidak mengkhianati.. =p
Maka disini,apa yang ana dapat ialah,sebelum kita memulakan perjalanan,mohonlah perlindungan kepada Allah SWT dan supaya dipermudahkan perjalanan..Bertawakkal lak kepadanya..Pandu dengan berhati2,jangan ikut hati,ikut hati mati,keluargamu yang menanti,menangis xhenti2..

*Gambar Hiasan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan