Islamic Widget

Carian

Jumaat, 29 Januari 2010

Kenangan Celpadians 2009

Assalamualaikum.. Tanggal 05 November 2009 merupakan hari bermakna bagi diriku.. Hari dimana kekuatan ukhwah antara kami warga celpad yang bersahabat sejak mula memasuki UIAM semakin kuat dan erat.. Percutian ke Genting Highland dalam rancangan pada 05 November 2009 selepas menduduki EPT amat menyeronokkan walaupun cuaca ketika itu tidak bersahabat dengan kami.
Satu pengalaman manis yang sukar didapati apabila melancong bersama sahabat-sahabat yang amat disayangi..Keceriaan,kegembiraan dan keriangan teserlah memancar dimuka-muka insan yang tertekan,muram dan sedih..Kemesraan dan keakraban makin kuat mengikat antara kami..kerana belum pasti perpisahan yang bakal tiba merupakan perpisahan yang terakhir diantara kami..
1 pengalaman yang menggerunkan tetapi menyeronokkan apabila pertama kali menaiki 'cable car','space shot' dan 'pirate ship' yang ternyata memerlukan kekuatan jantung agar tidak berhenti berdenyut.. Ketika menaiki 'cable car' ke Genting Highland, berlaku 1 peristiwa yang amat mencuakkan,memucatkan muka2 hero celpad apabila 'cable car' yang dinaiki 8 orang jejaka bergoyang dengan kuat setelah bertubi2 dipukul angin yang kencang..Memang malang bagi yang tiada pengalamanm sepertiku,kerana cuaca yang hujan lebat disertai angin kencang menjerut dan mencengkam jantung ketika 'cable car' kami dipukul angin..Ketika itu terbayang2 scene didalam filem Final Destination dan hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ketika itu..Alhamdulillah dalam kepucatan muka,kami selamat sampai ke atas..Namun dek kerana cuaca yang masih hujan dan angin kencang membantutkan aktiviti kami untuk bermain 'outdoor game'selama beberapa jam..Kemudian kami terus berseronok bermain mainan yang boleh beroperasi seperti train,go-cart,space shot,pirate ship,dinasour island dan beberapa permainan yang lain.
Antara yang tersemat dihati dan menghantui pemikiran ketika itu adalah space shot,pirate ship dan go-cart..ketika bermain go-cart,pemanduan setiap lap lancar sehinggalah pada lap terakhir,aku xsiden melanggar tebing secara 'mendrift' gara2 mengelak seorang sahabat yang melakukan aksi drift..Aku berusaha menarik 'keretaku' yang amatlah berat sehingga jariku mengalami kecederaan.. Kemudian,tiba giliranku berseorangan tanpa sahabat2 disisi ketika menaiki spaceshot kerana aku lewat tiba disebabkan kejadian di go-cart..Agak menakutkan,namun kerana tidak tahu apa2,maka gelabahku dapat dikawal..sehinggalah 10 saat diatas,"BOOOOOOSSHHHH!!!"...Secara tiba2 aku merasakan seperti aku terjatuh dari udara tanpa sebarang alat keselamatan..Sekali lagi kepucatan teserlah dimuka,namun dapat di'cover' kerana sahabat2 sedang melihatku dari bawah..akan tetapi,percubaan kali kedua membuatkan perutku senak dan kepucatan dimuka tidak dapat dikawal lagi...Mujurlah aku tidak menghadap mereka ketika itu.. Setelah itu,kami menaiki 'pirate ship'..Pada sangkaanku,ianya tidaklah menakutkan,hanya seperti buaian yang selalu aku naiki ketika kecil dahulu..Namun sangkaanku meleset apabila aku menaikinya dan duduk di barisan kedua dari belakang..uuuuuuuuu...agak gugur juga jantung ini.. Tepat jam 6pm kami bergerak meninggalkan Genting Highland membawa bersama2 kenangan yang indah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan