Islamic Widget

Carian
Jumaat, 29 Januari 2010
Kenangan Celpadians 2009
Qiamullail ~

Qiam-al-lail = Bangun Malam, merujuk kepada ibadah yang dilakukan selepas waktu malam merangkumi ibadah solat sunat, zikir, membaca al-Quran dan sebagainya. Sebagai ummat Islam,ibadah qiamullail merupakan ibadah sunat.. Namun dek kerana tanggapan ummat Islam yang memandang enteng dengan ibadah sunat tersebut,maka ramai diantara kita yang meninggalkannya walaupun didalam keadaan sihat dan berupaya..Mereka mengatakan cukuplah sekadar ibadah wajib,sedangkan yang wajib juga sering ditinggalkan atau dilewat2 kan..
Kesukaran untuk bangun malam juga merupakan penyebab mengapa ramai diantara kita tidak mampu melakukan ibadah tersebut..Hal ini mungkin disebabkan kekotoran pada hati dan kelemahan iman pada diri,dilemahkan lagi dek pujukan dan bisikan syaitan yang mendodoi dan menahan kelopak mata agar tidak terbuka,lalu terus lena diulit mimpi2 indah dalam keselesaan yang menjerat diri..Ada juga yang telahpun terjaga,tetapi turut tunduk dengan pujuk rayu syaitan agar menangguh-nangguhkan amalan,lalu jatuh tersungkur didalam kegelapan malam dibaluti selimut menikmati nikmat tidur yang berlebihan..Tidakkah mereka membayangkan jika mereka itu akan dibaluti dengan selimut putih keesokan harinya,amal apakah yang dapat mereka bawa 'kesana'?عن عبد الله ابن عباس رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : نعمتان مغبون فيهما كثير من الناس :الصحة والفراغ~Daripada Abdullah bin Abbas r.a,Rasulullah S.A.W. bersabda : "2 nikmat yang manusia terpedaya dengannya : sihat dan kelapangan" (Riwayat al-Bukhari)
Selain itu ada juga yang beranggapan melakukan ibadah sunat tanpa lahir keikhlasan hati merupakan perbuatan yang sia-sia,maka mereka turut meninggalkannya..Menurut pandangan ana,apakah lahir keikhlasan dihati kita ketika melakukan amalan wajib jika kita tidak dapat ikhlas melakukan ibadah sunat??atau ianya dilakukan kerana terpaksa??Maka teruskanlah beribadah,tanpa rasa ragu-ragu dan perbetulkanlah niat agar berputiknya rasa ikhlas dihati.Mereka membalas,apalah gunanya teruskan beribadah jika hati masih tidak ikhlas dan masih dalam kesukaran..Ingatlah,sesungguhnya Allah lah yang menilai setiap perbuatan dan amalan kita..Walau amalan semata-mata tidak dapat menyelamatkan kita,namun setiap usaha kita akan dinilai,Insyaallah ada yang diterimaNya,berbanding jika tidak melakukannya langsung,maka tidak ada apa yang dapat dinilai darinya.عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من بطأ به عمله لم يسرع به نسبه~Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W bersabda : "Siapa yang melambat-lambatkan amalannya; keturunannya tidak akan bersegera untuknya." (Riwayat Muslim)
Kepayahan merupakan 1 perkara yang paling kita tidak suka..Berkait dengan ibadah Qiamullail,ramai diantara kita mendapati ianya sukar dilakukan,apabila mereka mengikut program-program pembinaan sahsia,dimana Qiamullail merupakan salah 1 dari aktivitinya. Maka,ibadah yang dilakukan disana tidak dapat diikuti dan diterima bagi mereka yang masih bertatih dengan ibadah tersebut memandangkan imam melakukannya dengan agak 'berat'.Namun harus diingati bahawa tiada paksaan dalam ibadah sunat,lakukanlah sekadar yang termampu walaupun hanya sedikit..dan beristiqamahlah,kerana sesungguhnya Allah amat menyukai amalan yang sedikit tertapi berterusan berbanding amalan yang 'berat' tetapi terhenti-henti.عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : لن ينجي أحدا منكم عمله. قال رجل : ولا أياك يا رسول الله. قال رسول الله: ولا أياي ألا أن يتغمدني الله منه برحمة ولكن سددوا~Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W bersabda : "Amalan kamu tidak akan menyelamatkan seorang pun daripada kamu." Seorang lelaki berkata : "Tidak juga engkau,wahai Rasulullah." Baginda bersabda : "Begitu juga aku,melainkan Allah meliputiku dengan rahmat daripada-Nya;akan tetapi lakukanlah dengan betul." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
عن عائشة رضي الله عنها عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: يا ايها الناس عليكم من الأعمال ما تطيقون فأن ألله لا يمل حتى تملوا, وان أحب الأ عمال ألى الله ما دووم عليه وأن قال~Daripada Aisyah r.ha., Rasulullah S.A.W. bersabda : "Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu.Sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehinggalah kamu jemu.Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit."
"Jika kamu orang yang baik2, bangun dan sujudlah untuk bersyukur. Jika kamu orang yang berdosa, bangun dan bersujudlah untuk bertaubat.Baik atau buruk, kamu harus bangun dan sujud tanda kamu seorang hamba"
~mesej seorang sahabat-Hamidi.
Disini juga ana ingin berkongsi tips untuk mudah bangun untuk mengerjakan Qiamullail yang ana dapati dari artikel2 dari laman web serta dari sahabat2 ikhwah ana.Antaranya ialah:
- Memerhati kesungguhan individu-individu yang bersungguh melakukan ibadah dari kalangan sahabat.Insyaallah,lama kelamaan kita akan terdidik secara tidak langsung untuk mengikut jejak mereka.Selain itu,selidik dan bayangkan kesungguhan individu terdahulu dari kita yang istiqamah dan iltizam dalam melakukan ibadah seperti para sahabat Rasulullah dan alim ulama'.
- "Seseorang yang berada dalam keadaan selesa tidak ada yang akan dia peroleh melainkan kerugian."Maka tidurlah dalam keadaan mengereng agar kamu tidak terus lena diulit mimpi indah.Sunnah Rasulullah mengereng sebelah kanan.
- Mengambil wudu' seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W agar kita berada dalam keadaan suci..Daripada al-Barra bin Azib"Apabila anda hendak tidur,berwudu'lah seperti untuk menunaikan solat"(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
- Tidur awal jika tiada urusan agar tidak merasa letih untuk bangun.
- Doa,Membaca surah2 tertentu yang dianjurkan seperti 3 Qul, berzikir atau membaca ma'thurat.
- Elakkan makan dan minum berlebihan kerana ia membuatkan badan menjadi lemah dan malas.
- Berniat dan bertekad untuk bangun malam..Insyaallah dengan niat yang baik maka Allah akan 'kejutkan' kita.
- Sering memuhasabah diri agar tahap keimanan tinggi dan keikhlasan akan lahir..Semangat untuk beribadah memudahkan lagi kita bangun.
- Menjauhi dosa dan maksiat kerana apabila hati menjadi kotor maka amat sukar untuk beribadah..
- Meminta pertolongan kawan2 atau ahli keluarga untuk menggerakkan kita jika mereka terbangun.(alang2 ajak mereka sekali)
- Set alarm setiap 15 minit atau setengah jam...lebih kerap lebih baik..bermula dari 3.30am atau 4am agar tidur kita terganggu..
- Kadang2 ada diantara kita nie 'semangat'nya dari luar..Maka carilah 'semangat' yang baik2 dan yang turut mencari keredhaanNya..supaya kita rasa malu jika kita xbuat sedangkan 'semangat' kita sering beristiqomah dalam ibadah..dan ketika melakukan ibadah,perbetulkan semula niat..
"Apakah mereka mengaku mereka beriman sedangkan mereka tidak diuji??"
Antara fadhilat dan kelebihan Qiamullail,dapat menyihatkan badan:pergerakan-pergerakan yang acapkali ibarat melakukan senaman,peredaran darah yang lancar dan mencergaskan minda.. Selain itu,Qiamullail dapat menguatkan jasmani dan rohani..Mengimbau kembali kisah2 para pejuang Islam,antaranya seperti kisah Salahuddin Al-Ayoubi dan bala tenteranya yang menawan masjid Al-Aqsa dan baitulmaqdis,kejayaan yang dikecapi setelah beberapa kali kecundang adalah kerana pemilihan bala tenteranya yang terdiri dari mereka yang kuat bangun malam dan beribadah serta menjaga setiap amalan yang dituntut..Maka kejayaan dikurniakan oleh Allah sebagai ganjaran kepada mereka yang dekat denganNya.. Qiamullail dapat mengeratkan 'habluminallah wa habluminannas'.Mereka yang menambahkan amal ibadah mereka di waktu malam (qiamullail),selain dari dekat dengan Allah,manusia sekeliling mereka juga akan merasa selamat,senang dan hormat dengan mereka..wajah mereka akan berseri2 dan bercahaya bisa meruntunkan dan meredakan jiwa2 yang panas menggelegak. Terdapat juga banyak hadith yang menyatakan antara golongan yang masuk ke syurga adalah mereka yang menjaga amalan diwaktu malam(qiamullail).
Sekian sahaja yang dapat ana kongsikan..Agar kita sama2 mengambil iktibar dan memanfaatkannya..Insyaallah..Wallahualam..
عن ابن عباس رصي الله انهما عن النبي صلي الله عليه وسلم قال: عينان لاتمسهما النار عين بكت من خشية الله وعين باتت تحرس في سبيل الله~Daripada Ibn Abbas r.a., Rasulullah S.A.W bersabda : "2 mata yang tidak disentuh oleh api neraka : mata yang menangis kerana takutkan Allah, dan mata yang berjaga malam mengawal 'jalan Allah'." (Riwayat al-Tarmizi)
Rabu, 27 Januari 2010
Tinggal Kenangan
Da lame rasanya xbuat pizza..
Teringin je rasenye nak wat..
Tapi jika bersendirian membuatnya,tidak termampu rasanya diri ini.
Untuk mendapatkan bantuan,dari siapakah harusku meminta tolong?
Ibuku sendiri tidak larat untuk masak,inikan pula membantuku..
Abangku??"hahahaaa" sahaja yang boleh ku ungkapkan..
Membeli bahannya sahaja sudah habis berbelas ringgit..Mungkin juga mencecah RM30..
Ermm..
Nampak gayanya terpaksalah menangguh hasratku itu..Insyaallah nnti ade peluang aku nak tarik balik ilmu utk membuat pizza sesedap dulu..dan jika ade wang lebih,boleh beli bahan..~lalalaa..
Sahabat2ku juga ada yang meminta aku membuatkan untuk mereka setelah aku memberi mereka rasa pizza ku tempoh hari..
Namun perkataan maaf sahaja yang dapat kuberikan..
Aasif ya sodiqi..
Aku tidak berpeluang utk membuat,apatah lagi untuk menjualnya kepada kamu semua..
Jika Allah mengizinkan,maka adalah rezeki kamu semua..Jika tidak,tiadalah kuasa hamba untuk membuatnya...
Sekian..
Isnin, 25 Januari 2010
Aku~lonely
Lonely..I am so lonely.. There is no body..All on my own.. Malam ini aku menghabiskan masa keseorangan dengan menghadap laptop kesayanganku.. Melayari internet,menghiasi dan update blog serta berYM dgn sahabat2.. Melayan lagu2 kegemaranku berirama nasyid.. Bermain mesej dengan..................sahabat.. Mendengar bunyi2 alam yang adakalanya agak menyeramkan.. Memikirkan sesuatu yang tidak dapat difikir.. Cuba memuhasabah diri.. Kadang2 rasa best pulak tinggal sorg2 nih.. sunyi...sepi..aman..damai..SERAMMMM!!!! hehee..tp yg paling best dapat tido di katil yang paling selesa berbaukan ibu yang tersayang.. ~lalalaa.. da lme xtido dikatil yg selesa..huhuee.. Disaat keseorangan inilah masanya utk kita diuji dengan keikhlasan amal..dan disaat inilah masanya yg sesuai utk memuhasabah diri...Insyaallah.. "Ya Allah,kau mantapkanlah iman ku Ya Allah agar aku tidak tunduk dengan kehendak nafsu dan bisikan syaitan..lindungilah diriku Ya Allah dari sebarang malapetaka dan perkara2 yang tidak diingini...ameen.."
Ahad, 24 Januari 2010
Iktibar Dijalanan

Assalamualaikum para sahabat sekalian..
Ana nak berkongsi sedikit cerita yang tak menarik pon..
hehe..sjeje nak taip gak..~lalala..
Ana baru sahaja sampai di kampung sempena cuti universiti selama seminggu..
Mengikut perancangan,ana ingin ke rumah pakcik ana di Tg. Malim dan bermalam disana kerana tiada orang dirumah.
Ibu dan abang ana pergi ke Puchong kerana ibu ana ade check up di HKL..
Malangnye,setiba ana di rumah pakcik ana,pagarnya berantai dan bermangga..
Ana agak hairan kerana motor dan keretanya ada,tetapi pintu semuanya berkunci..
Jadi ana ingatkan beliau mengikut ibu dan abang ana ke Puchong..
Lalu ana meneruskan perjalanan ke kampung di Slim River..
Sepanjang perjalanan ana dari UIA ke kg,ada beberapa peristiwa yang menyedar dan memberi pengajaran kepada ana..
Telah berlaku beberapa kemalangan sepanjang perjalanan,ada yang agak ngeri dan ada juga yang biasa..
Namun bukanlah terjadi didepan mata ana.
Pada mulanya ana nampak kelibat 2 orang polis trafik..
Ana pun memperlahankan motor kerana menyangka ada roadblock..
Agak terkejut apabila sampai dekat dengan 2 orang polis tersebut yang sedang melakukan operasi menyelidik..
Berhampirannya ada 2 motor..yang ana perasan 1 motor yang berkecai adalah RXZ,dan kelihatan 'aliran' darah 'memotong' jalan..
Dan2 tue juga ana dah xwat lap baring sepertimana yang selalu ana wat sebelum2 nie..
Maka secara xlangsung ana menjadi pemandu berhemah untuk hari ini..hehe..
Selang beberapa Km,kelihatan pula sebuah motorsikal yg telah terjunam ke dalam longkang saluran tepi jalan..pemiliknya tidak kelihatan..Motor jenama Honda kapcai tersebut masih dalam keadaan yang baik..
Kemudian,kelihatan pula serpihan2 daging berselerakan diatas jalan..
Ternyata sangkaan ana tepat..
Bangkai anjing rupanya..
Nasib baik xlanggar..huhueee..
Selepas itu,ana sendiri pula yang hampir eksiden..Tapi xla hampir sangat..
Sempat jugak membrek..Lori dihadapan tiba2 je brek..
Maka dengan penuh skillnya ana pun brek sehingga berasap tayar belakang sambil mengalunkan bunyi merdu "screeeeeeeeeeeetttttt"..Alhamdulillah..xda pape pun berlaku..
Ingat!!Amalkan jarak 5 saat supaya nasibmu tidak mengkhianati.. =p
Maka disini,apa yang ana dapat ialah,sebelum kita memulakan perjalanan,mohonlah perlindungan kepada Allah SWT dan supaya dipermudahkan perjalanan..Bertawakkal lak kepadanya..Pandu dengan berhati2,jangan ikut hati,ikut hati mati,keluargamu yang menanti,menangis xhenti2..
Courage The Cowardly Me
23 Jan 2010,
Hatiku berdebar-debar memikirkan keputusan yang bakal aku lakukan..
Ketakutan,kerisauan,ketidakyakinan dan kebimbangan menyelubungi diri..
Sememangnya aku tidak bisa pergi sendirian ke tempat yang belum menjadi asam garam ku..
Namun kerana tekad hati untuk mencabar diri sendiri menempuh cabaran,kubuang segala kegelisahan,ketakutan,dan pemikiran yang melemahkan,maka ku teruskan jua niat untuk ke rumah saudara ku di Puchong..
Memang kebanyakan orang merasakan perkara ini lawak semata2,bahkan tidak hairan ade yang ketawa dan memandang rendah kepada ku.."Gombak-Puchong??apelah sangat!!xkan itu pon xboleh??"
Tetapi bagiku,inilah saat yang bermakna bagi diriku kerana berjaya mencabar diri dan sedikit sebanyak dapat meningkatkan keyakinan diri..
Namun,aku mungkin tidak berjaya jika aku tidak yakin dengan pertolongan Allah..
Setelah berdoa kepadaNya,ak bertolak dari UIA pada jam 3 pm..Hatiku tenang ketika dalam perjalanan dan mengikut sahaja gerak hati..Alhamdulillah perjalanan ku lancar dan sebaik tiba di rumah saudaraku,hujan lebat pun turun..
Hari ini,24 Jan 2010,aku pulang ke UIA semula mengikut jalan firasat hati.Sekali lagi dengan pertolonganNya,ak menemui jalan pulang setelah sesat "meronda2" sekitar Shah Alam-Petaling Jaya.Jika bukan dengan pertolonganNya,sudah tentu aku patah semangat dan patah balik ke rumah saudaraku.Disini,aku mendapat iktibar bahwa Allah pasti akan membantu menunjukkan kita jalan keluar dari sesuatu yang merungsingkan,jalan keluar dari setiap masalah,dan jalan keluar dari kegelapan,JIKA kita YAKIN dan MEMOHON pertolongan dariNya..Insyaallah..

Hatiku berdebar-debar memikirkan keputusan yang bakal aku lakukan..
Ketakutan,kerisauan,ketidakyakinan dan kebimbangan menyelubungi diri..
Sememangnya aku tidak bisa pergi sendirian ke tempat yang belum menjadi asam garam ku..
Namun kerana tekad hati untuk mencabar diri sendiri menempuh cabaran,kubuang segala kegelisahan,ketakutan,dan pemikiran yang melemahkan,maka ku teruskan jua niat untuk ke rumah saudara ku di Puchong..
Memang kebanyakan orang merasakan perkara ini lawak semata2,bahkan tidak hairan ade yang ketawa dan memandang rendah kepada ku.."Gombak-Puchong??apelah sangat!!xkan itu pon xboleh??"
Tetapi bagiku,inilah saat yang bermakna bagi diriku kerana berjaya mencabar diri dan sedikit sebanyak dapat meningkatkan keyakinan diri..
Namun,aku mungkin tidak berjaya jika aku tidak yakin dengan pertolongan Allah..
Setelah berdoa kepadaNya,ak bertolak dari UIA pada jam 3 pm..Hatiku tenang ketika dalam perjalanan dan mengikut sahaja gerak hati..Alhamdulillah perjalanan ku lancar dan sebaik tiba di rumah saudaraku,hujan lebat pun turun..
Hari ini,24 Jan 2010,aku pulang ke UIA semula mengikut jalan firasat hati.Sekali lagi dengan pertolonganNya,ak menemui jalan pulang setelah sesat "meronda2" sekitar Shah Alam-Petaling Jaya.Jika bukan dengan pertolonganNya,sudah tentu aku patah semangat dan patah balik ke rumah saudaraku.Disini,aku mendapat iktibar bahwa Allah pasti akan membantu menunjukkan kita jalan keluar dari sesuatu yang merungsingkan,jalan keluar dari setiap masalah,dan jalan keluar dari kegelapan,JIKA kita YAKIN dan MEMOHON pertolongan dariNya..Insyaallah..
Langgan:
Catatan (Atom)