Islamic Widget

Carian

Sabtu, 19 Jun 2010

Saudara Baru

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuhuwamaghfirotuh waridhwan..
Salam ukhwah, salam ikatan dan salam satu ugama..tiada lain melainkan Islam..

Topik ana kali ini adalah mengenai "SAUDARA BARU" atau lebih dikenali sebagai mualaf..
Pada malam 18 JUN, ana di ajak oleh sahabat2 untuk 'dinner' di cafe HS, UIAM..
pada mulanya ana agak berat hati memandangkan duit poket semakin kurang..cukup2 untuk sampai balik..tetapi relakan jua hati demi merapatkan ukhwah bersama sahabat2..
Ketika selesai menikmati hidangan, kami didatangi oleh seorang pemuda yang merupakan saudara baru.....apa dan kenapa, biarlah rahsia..
Dari situ ana tertarik untuk membincangkan serba sedikit soal saudara baru kali ini..

mengikut apa yang telah ana perhatikan dan juga dari pengalaman2 sahabat2 'saudara baru', pelbagai rintangan dan dugaan mereka hadapi semata2 untuk mempelajari dan memeluk agama Islam..ada yang disisihkan sahabat2 seagama, malah lebih teruk lagi disisihkan oleh keluarga..segala pertalian sanggup diputuskan jika salah seorang dari mereka memeluk Islam..mereka diusir, tidak diberikan belanja mahupun tempat tinggal, dan segala jenis hubungan diputuskan..Namun dek kerana ketabahan hati dan tekad untuk terus memeluk dan mempelajari Islam agama yg benar, maka saudara2 baru kita terus mara menyahut seruan Illahi dan mengabdikan diri terhadap Allah 'Azzawajalla..

Oleh itu sudah menjadi tanggungjawab kita pula sebagai orang Islam untuk terus memberi sokongan dan apa jua jenis bantuan supaya mereka menjadi seorang muslim,mukmin,muhsin dan muttaqi yang sejati..Jangan pula kita abaikan mereka dan memandang serong terhadap mereka, kerana Rasulullah dalam hadithnya bersabda: "Seorang Muslim adalah saudara kepada seorang Muslim yang lain; ia tidak menzaliminya dan tidak menghinanya."
Dalam 1 hadith yang lainnya, Rasulullah bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya sendiri."

Mengenang pengorbanan Para Nabi, terutama Rasulullah S.A.W serta para sahabat, mereka sanggup berkorban apa jua demi membangunkan agama Islam..mereka sanggup menggadai nyawa, harta benda dan segalanya hanya untuk Islam..Jadi bagaimana kita hendak membangunkan agama yang sedang ditindas kini jika saudara yang hampir dengan kita, kita tidak langsung mahu membantu??bagaimana Islam mahu 'berdiri' semula dengan kekuatan seperti zaman Rasulullah dan para sahabat??
"Sesungguhnya seorang Mukmin kepada Mukmin yang lain seperti satu binaan, sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain."

Namun, ada juga diantara kita yang jahil dan mengabaikan golongan saudara baru..Sesungguhnya mereka melihat dan mendapat cahaya kebenaran, maka jika tidak didorong, bagaimana untuk mereka mengenali dan memastikan Islam merupakan agama satu2nya yang terbaik??ada diantara kita yang ego dan memandang sinis terhadap saudara baru, bagi mereka ini, ingatlah:

"Dalam agama Islam, Mu'allaf adalah panggilan bagi individu yang bukan muslim atau bukan Islam yang mempunyai harapan masuk agama Islam atau orang yang baru masuk Islam yang imannya masih lemah." ~wikipedia..

daripada konteks definisi yang diberikan yakni "orang yang baru masuk Islam yang imannya masih lemah", sedarkah kita bahawasanya tahap keimanan(kepercayaan dalam hati dan dilafazkan dengan kata2) kebanyakan saudara baru adalah lebih tinggi daripada kebanyakan kita yang dilahirkan sebagai Islam??
mengapa??kerna, mereka menerima Islam dengan kerelaan hati mereka kerana bagi mereka Islam merupakan satu2nya agama yang menyeluruh, yang terbaik berdasarkan kajian dan pemerhatian mereka..sedangkan kebanyakan kita hanya menganggap ianya sebagai satu agama yang perlu ada pada setiap individu tanpa mahu menghayati dan memahami apakah ertinya agama yang kita anuti..kerna itulah iman kebanyakan saudara baru lebih mantap dan berkualiti..
jadi tidak seharusnya individu membeza2kan golongan mualaf atau saudara baru dengan orang yang Islam sejak azali..kita semua adalah Muslim...

ustaz ana pernah berkata, jika ada seorang non-muslim berminat utk mengenali Islam, sewajibnya kita menunjukkannya Islam sebenar..dan jika seorang non-muslim baru memeluk Islam atau berminat utk memeluk Islam, dan mereka pula kita abaikan, kemudian mereka kembali ke agama asal,maka dosa yang besar diberikan kepada kita..

wallahualam..
sekian sahaja buat kali ini..
kepada 'saudara baru', ahlan wasahlan..
teruskan mengkaji dan mempelajari agama yang suci ini,jangan putus asa dan rasa beban, sesungguhnya Allah akan berikan manfaat yang tak ternilai banyaknya kepada kamu semua..
kepada saudara Islam,marilah sama2 kita membantu saudara2 baru agar tidak terpinggir dan diabaikan..Tidak lupa juga kepada saudara2 yang disiksa dan ditindas oleh golongan laknatullah..

TAKBIR!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan