Islamic Widget

Carian

Selasa, 20 Julai 2010

Nasihah Teman

Assalam warahmatullahi wabarokatuhu wamaghfirotuhu waridhwan ilaikum..
Ada diantara sahabat menegur ana kerna blog dibiarkan tanpa di’update’..
Ana tersenyum didalam hati dan tertanya-tanya..
Apakah blog ana yg serba kekurangan dan lemah dari segi pengisian ini ada juga permintaan??
Apa-apa pun jutaan terima kasih yg tak terhingga kepada pembaca yg setia mengikuti perkembangan blog ana..dan seribu kemaafan dipohon atas kelemahan diri dan blog ana..

Bagi menghidupkan kembali blog yg sekian lama tak terusik walau selalu dijenguk ini, ana ingin berkongsi beberapa kata-kata hikmah bagi ana yg sedikit sebanyak mengubah diri dan pemikiran ana..
Kata-kata ini disampaikan oleh beberapa orang Murabbi dan sahabat ana yang tersayang serta hasil muhasabah diri ana sendiri.
Antara kata-kata yg berkesan bagi diri ana ialah:

1.Apa jua ibadah wajib yang dilakukan, kita lakukan atas apa yg dikehendaki oleh Allah dan Rasulullah atau apa yg dikehendaki oleh nafsu??Renungkan…
2.Tiap dosa yang kita lakukan, jangan dilihat bertapa kecilnya ia kerna ia akan berlarutan, tetapi kita lihat kepada atau terhadap siapa kita lakukan dosa tersebut..
3.Setiap tindakan punyai pilihan. Pilihlah yang positif walau sukar mana sekalipun.
4.Niatlah dan tanam dalam diri, kita hidup ini wakafkan diri kita untuk Allah dan agama.
5.Senyum itu pengubat duka dan api kemarahan. Muhasabah pula pengubat fikiran dan tindakan.
6.“Pahit itu ubat, manis itu musibah..”
7.Ilmu melahirkan seorang ‘alim. Seorang ‘alim melahirkan seorang pejuang. Seorang pejuang melahirkan seorang syuhada. Tuntutlah ilmu walaupun sedikit.
8.Tiada sedikit pun kerugian atau keburukan dengan memaafkan seseorang, maka sentiasalah memaafi orang sekeliling kita.

Wallahualam. Sekian sahaja untuk kali ini..ana harap kita sama-sama mengambil apa yg baik utk diri kita dan meninggalkan apa yg tidak baik bg diri kita.Sesungguhnya yg baik itu dari Allah S.W.T. dan yg buruk itu atas kelemahan diri ana sendiri.
Ilalliqa’ wamaassalamah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan