Islamic Widget

Carian

Rabu, 16 Jun 2010

Jodoh

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Apa khabar blogger semua??
harap semuanya masih dibawah perlindungan dan rahmat Allah..

Dalam menempuh kehidupan sebagai pelajar, kadang2 kita merasakan diri kita masih muda..
Sedangkan hakikatnya umur sudah semakin tua..
tatkala sibuk belajar, satu per satu kita dengar rakan2 dan sahabat kita yg melangsungkan walimah..
tatkala itu barulah kita sedari bahawasanya kita sudah mencapai tahap dewasa..
Bilakah masanya seru kita pula tiba??
Tiada siapa lebih mengetahui melainkan Allah..
Namun kita sibuk mencari2 calon dan kadang2 kecewa dan lemah apabila kita tiada pasangan..dan kadang2 kita lebih mengutamakan soal mencari pasangan berbanding urusan yang lebih perlu diutamakan..

Tiada terlepas juga diri ku sendiri..
dan tiap ketika aku memujuk diri sendiri dengan muhasabah dan mengatakan bahawa "akan ketemu jua dengan 'orangnya' dari mereka yang kau kenali dan minati..maka teruskanlah belajar.."
Dan tiap ketika ku ingati pesan ibu, sesunggunya hanya diri ku yang satu-satunya menjadi harapan beliau untuk menjamin masa depan keluarga..Walau bagi diri ku, ianya terlalu berat untuk memikul harapan yang diberikan, namun tetap ku teruskan dan sering berdoa agar hajat ibuku tercapai sebelum salah seorang darinya pergi tak kembali..


kepada sahabat2 yang telah bertemu jodoh masing2, ku doakan agar kamu semua berbahagia disamping mendapat redha Allah...
"Barakallahu lakuma wabaroka'alaikuma, wajama'a bainakuma fi khair..."
semoga mendapat zuriat yang soleh dan solehah yang menjadi pelapis penegak agama Islam.

Tahniah dan selamat pengantin baru diucapkan kepada rakanku, Puan Rabiatul Adawiyah dan suami..
juga kepada Puan Baizura dan suami..
Tahniah dan selamat menyambut kelahiran anak diucapkan kepada rakanku, Puan Nadiatul Lisma Humaira dan suami..

semoga silaturrahim kalian kekal bahagia hingga keakhir hayat...aamin...
kepada rakan2 dan sahabat yg bakal berkahwin, ku doakan yang sama buat kalian..
:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan